Bengkel Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT)

P1210051  P1210034 

P1210054  P1210009

Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat – Seramai 287 orang guru sekolah rendah bagi negeri Sabah telah mengikuti Program Bengkel Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang dianjurkan oleh CETREE&GT, Universiti Sains Malaysia. Program ini merupakan agenda bagi memupuk kesedaran Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) melalui pendidikan sekolah rendah di Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih guru-guru sekolah rendah mengguna pakai Modul (9 mata pelajaran utama) dan Alat Bantu Mengajar TBB dan KT yang telah dibangunkan oleh CETREE&GT serta mengaplikasi penggunaannya di sekolah.

Program ini diadakan di Grand Borneo Hotel, selama 5 hari iaitu bermula pada 15 – 19 April 2013. Peserta-peserta program terdiri daripada golongan guru pelbagai mata pelajaran di sekolah.

Setiap kumpulan mata pelajaran perlu menghasilkan rancangan pengajaran harian berdasarkan rangka yang telah disediakan oleh Jurulatih Utama Pakar mengikut kumpulan mata pelajaran masing-masing. Setiap kumpulan juga hendaklah merangka pengajaran berasaskan aktiviti ko-kurikulum atau “hands on” yang akan dilaksanakan semasa latihan guru mengikut mata pelajaran.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah untuk pemenang yang menghasilkan pembentangan rancangan pengajaran harian dan penghasilan aktiviti ko-kurikulum terbaik oleh Pengarah CETREE&GT, Prof. Dr. Haslan Abu Hassan.

Presets
Main Style
Patterns
Accent Color
Apply