TAKLIMAT PENGURUSAN PROGRAM PERTANDINGAN TEKNOLOGI HIJAU DAN STEM-BIODIVERSITI

GEORGETOWN, 15 Mac 2022 -  Pada 14 hingga 16 Mac 2022 telah berlangsungnya makmal taklimat pengurusan Program di bawah aktiviti kokurikulum anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang di di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Makmal yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan memberi intipati, penerangan dan pengisian mengenai aktiviti-aktiviti melibatkan murid sekolah. Di samping itu, objektif utama makmal taklimat ini adalah untuk mengenal pasti semula pelaksanaan Program Pembangunan Tenaga Kerja STEM Peringkat Kebangsaan bersama 16 orang pegawai meja baru daripada 16 buah negeri. Antara aktiviti-aktiviti pertandingan/program yang telah dibincangkan bersama adalah Pertandingan STEM Outreach Activities To Inspire Future Engineers and Scientist (Penang Science Cluster), Pertandingan Inovasi Sains & Teknologi (PISTEK), Pertandingan Olympiad dan Cytron Technologies Outreach Program. 

1     2 

CETREE, CGSS, USM juga tidak ketinggalan dalam menjayakan makmal taklimat ini. Slot taklimat daripada pihak CETREE telah berlangsung pada 15 Mac 2022 (Rabu) dan disampaikan oleh Dr. Mohd Sukri Shafie. Dalam taklimat itu, beliau telah menerangkan mengenai penglibatan dan pengalaman CETREE dalam program/pertandingan berkaitan Invasi Teknologi Hijau sejak tahun 2015 lagi. Selain itu, beliau juga memaklumkan pihak CETREE akan bertanggungjawab dalam menjalankan program-program bersama Jabatan Pendidikan Negeri selepas era endemik Covid-19 dan kebenaran aktiviti bersemuka dibenarkan. Turut disampaikan dalam taklimat tersebut adalah perancangan pertandingan bertemakan Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti secara dalam talian yang akan dijalankan pada tahun ini.

4             5

 

Di akhir taklimat, Dr. Mohd Sukri Shafie berkata pihak CETREE sentiasa mengalu-alukan pihak yang memerlukan khidmat nasihat dan tunjuk ajar mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan di masa hadapan. Kertas konsep dan salinan softcopy pertandingan Inovasi Teknologi Hijau yang dianjurkan oleh pihak CETREE sebelum ini juga telah diberikan kepada 16 orang pegawai yang terlibat sebagai rujukan dan panduan mereka bagi pelaksanaan di masa hadapan.

Teks: Syafiq Saifullah Azmi
Foto: Khairul Amin Mohamad Rasidi

a1 a1 a1 a1