PENYEDIAAN MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN TEKNOLOGI HIJAU & STEM BIODIVERSITI SECARA DALAM TALIAN 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

USM PULAU PINANG, 24 Mac 2022 – Bengkel Penyediaan Modul Aktiviti Pertandingan Teknologi Hijau & STEM Biodiversiti Secara Dalam Talian 2022 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 22 & 23 Mac 2022 bertempat di Bilik Seminar, Bangunan TORAY-USM, Pulau Pinang. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menggubal semula modul pertandingan bersemuka sedia ada kepada konsep dalam talian yang akan melibatkan peserta dari kalangan murid sekolah di seluruh negara.

WhatsApp Image 2022 04 07 at 4.29.44 PM  WhatsApp Image 2022 04 07 at 10.20.51 AM

Modul aktiviti yang dibangunkan ini akan menjadi salah satu aktiviti pertandingan yang diikitiraf di peringkat kebangsaan. Terdapat lima jenis modul yang bakal diperkenalkan antaranya adalah seperti Kuiz Teknologi Hijau, Gamifikasi Teknologi Hijau, Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Kuiz STEM-Biodiversiti. Perincian modul seperti kaedah pemarkahan dan soalan-soalan kuiz mengenai tahap keberkesanan kesedaran dan pemahaman berkaitan Tenaga dan Teknologi Hijau telah dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bengkel tersebut.

WhatsApp Image 2022 04 07 at 4.29.47 PM  WhatsApp Image 2022 04 07 at 2.59.06 PM 2

Dalam bengkel tersebut, seramai 20 orang panel profesional yang telah hadir terdiri dari pelbagai latar belakang akademik dan kepakaran masing-masing. Mereka adalah Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei (Penyelaras CETREE, CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie (Pegawai Penyelidik, CETREE, CGSS), Encik Shamsir Jemain (Ketua Penolong Pengarah, Pembangunan Bakat Murid, JPN Pulau Pinang), Encik Zuherly Zolkapali, (Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Kedah), Encik Khairil Azani Arzmy (Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, Kuala Muda Yan, JPN Kedah), Encik Izady Ibrahim  (Penolong Kanan Kokurikulum, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa), 5 orang Pegawai Teknikal dari SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, 1 orang Pegawai Teknikal dari SK Pendidikan Khas Vokasional Merbok, 1 orang Pegawai Teknikal dari SMK Darulaman Height 1, 1 orang Pegawai Teknikal dari SJKC Choong Cheng dan 1 orang Pegawai Teknikal dari SK Merbok (Pusat).

WhatsApp Image 2022 04 07 at 2.59.07 PM  WhatsApp Image 2022 04 07 at 2.59.09 PM

Turut serta hadir dalam bengkel itu adalah Encik Wan Muhammad Hazirim Wan Mustapha (Ketua Bahagian Pembagunan Projek, Yayasan Hijau Malaysia), Encik Muhammad Asyraf Ali (Pegawai Teknikal, Yayasan Hijau Malaysia) dan 3 orang Pegawai Teknikal dari CETREE, CGSS.Bengkel telah dimulakan dengan sesi pengenalan dan penghasilan kertas konsep bagi setiap lima modul yang akan dipertandingkan pada hari pertama manakala sesi pembentangan dan soal jawab penambahbaikan telah dilaksanakan pada hari berikutnya.

WhatsApp Image 2022 04 07 at 2.47.35 PM

Kelima-lima modul yang telah dimurnikan ini seterusnya akan disusul kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaan kepada murid-murid sekolah.Hebahan mengenai kaedah pelaksanaan pertandingan dijangka akan bermula pada bulan Jun 2022 dan aktiviti pertandingan dalam talian pula akan bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara. Seterusnya di akhir bengkel, sesi penyampaian sijil dan bergambar bersama ahli-ahli yang hadir telah menjadi acara penutup bengkel tersebut.

 Teks : Syafiq Saifullah Azmi                                                                                                                                                                   Foto : Khairul Amin Mohamad Rasidi

 

a1 a1 a1 a1