BENGKEL PELARASAN PROGRAM STEM-BIODIVERSITI PERINGKAT WILAYAH UTARA

LANGKAWI, KEDAH, 26 April 2022 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) melalui penglibatan Sektor Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis telah mengadakan bengkel Pelarasan Program STEM-Biodiversiti Peringkat Wilayah Utara pada 24 dan 25 April 2022. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 12 orang termasuk Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, wakil dari JPN Negeri dan PPD Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis dan Sekretariat CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia.

            alt=

Tujuan bengkel ini adalah untuk menyelaras, melaksana, merancang pembangunan dan mengenalpasti keperluan bengkel guru, siri webinar murid dan pertandingan yang akan diadakan bagi empat negeri wilayah utara tersebut dan juga di peringkat kebangsaan tahun ini. Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS dan taklimat terperinci berkaitan program yang akan dijalankan oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Projek STEM-Biodiversiti pada hari pertama. Manakala pada hari kedua, Encik Shamsir Jemain, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Pulau Pinang dan Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Kedah pula telah diberi peluang untuk menyampaikan pandangan berkaitan dalam bengkel ini. Antara hasil perbincangan dan penetapan adalah mengenai pelaksanaan waktu dan tarikh siri webinar, jumlah penglibatan guru dan murid, penyertaan sekolah-sekolah dan lain-lain lagi.

WhatsApp Image 2022 05 13 at 9.22.33 AM 2           

Dalam bengkel tersebut, turut hadir adalah Encik Mohd E’fa bin Khadri, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) dan Encik Yusrizal Mokhlas, Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, JPN Perak, Encik Mohd Shaifulazhar Awang, Pegawai Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Perlis, Encik Che Mazlan Che Mat, Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya, JPN Pulau Pinang dan Encik Ronizam Sairizal Mohamad Sani, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi dan Encik Khairil Azani Arzmi , Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, JPN Kedah.

2            

Terdahulu, dalam ucapan Profesor Madya Dr. Mohd Wira, beliau telah menzahirkan rasa terharu atas komitmen tinggi dan kerjasama yang diberikan oleh wakil-wakil dari JPN yang hadir. Beliau juga menegaskan perkara ini secara tidak langsung telah memudahkan pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan nanti. Selain daripada itu, Dr. Mohd Sukri juga berkata bahawa program pertandingan ini merupakan elemen yang selari dengan silibus pembelajaran di sekolah dan ia sesuai untuk golongan murid-murid dalam perkembangan pembelajaran mereka. Di samping itu, Encik Zuherly Zolkapali pula telah menerangkan mengenai modul pembangunan bagi Festival Aktiviti Pertandingan Teknologi Hijau & STEM Biodiversiti Secara Dalam Talian 2022 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada Oktober tahun ini kepada ahli yang hadir.

3

Sementara itu di akhir bengkel, Encik Shamsir Jemain pula turut berkongsi maklumat dan pengalaman beliau bekerjasama dengan CETREE. Beliau berkata usaha CETREE dalam penyebaran kesedaran dan penggalakkan murid-murid dalam pengetahuan ilmu Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti harus dibanggakan dan diteruskan seiring dengan halatuju yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 

Teks / Foto: Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1