MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK (P) SRI MUTIARA, GEORGETOWN, PULAU PINANG

GEORGETOWN, PULAU PINANG 7 JULAI 2022 – Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Mutiara, telah mengadakan Program Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menerapkan minat murid terhadap subjek Matematik dan Sains di sekolah. Di samping itu, program ini juga dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi melalui pendedahan aktivti-aktivti secara hands on dengan melibatkan aktiviti pameran berkaitan daripada agensi-agensi yang terlibat.

                                                                                                           AnyConv.com WH36E2 1     AnyConv.com WH5A8F 1


  

Bagi merealisasikan matlamat Program Minggu Sains dan Matematik, pihak SMK (P) Sri Mutiara telah menjemput beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti pihak CETREE, USM, Pusat Pengajian Sains dan Matematik, Kluster Sains Penang (PSC), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau (KKTM) dan pameran daripada Kelab Sains dan Matematik sekolah. Pelbagai jenis teknologi yang dipamerkan di program ini antaranya, model pencetak 3D, simulasi realiti maya, model kereta berbentuk sphere dan lain-lain.

AnyConv.com WH30D2 1

Pameran yang disedaiakan oleh agensi kerajaan dan swasta ini mempamerkan teknologi terkini yang berlandaskan tema STEM iaitu membantu belia memperoleh kemahiran teknikal abad ke-21 sebagai tenaga kerja masa hadapan. Pihak CETREE, telah dijemput untuk berkongsikan ilmu pengetahuan berkenaan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga kepada murid dan guru serta warga SMK (P) Sri Mutiara. Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE telah dibuka bagi mempamerkan konsep penggunaan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga.

                                                                           AnyConv.com WHFB13 1                        WH5BB7 1

Warga SMK (P) Sri Mutiara yang mengunjungi lori bergerak CETREE telah mendapat penerangan berkenaan kaedah Tenaga Boleh Baharu yang diaplikasikan oleh kenderaan itu berteraskan tenaga solar dan minyak masak yang dimasukkan ke dalam generator set yang disediakan dibawah lori pameran bagi penjanaan kuasa. Murid juga sangat berminat dengan simulasi Kecekapan Tenaga yang disediakan oleh pihak CETREE di dalam lori tersebut. Modul Kecekapan Tenaga turut disediakan oleh pihak CETREE bagi pameran ini bertujuan untuk mendidik murid SMK (P) Sri Mutiara berkenaan amalan terbaik Kecekapan Tenaga yang juga dapat membantu menjaga kelestarian alam sekitar.

WHATSA 3

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1