• KITH 2019 DRB U PEKAN PAHANG

  • Banner FB

  • Banner modul

  • B1

  • TBB2

  • TBB1

  • TBB3

  • lokasi cetree

  • Buku sumber rujukan sekolah rendah

  • Buku sumber rujukan

  • design web3b

  • BannerC3 1

  • Pastikan alatan elektrik sentiasa berada di dalam keadaan bersih

  • Kertas : Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat bagi dokumen formal

     

  • Kertas : Gunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen yang tidak penting

                 

  • Ketuhar Gelombang Mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2017 - Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2017 merupakan acara tahunan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Penganjuran karnival tersebut diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Acara ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia melalui penyertaan 7 pertandingan yang bertemakan Teknologi Hijau.

Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017 ini merupakan salah satu aktiviti bagi projek ‘Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum & Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari’. Secara tidak langsung, penganjuran karnival ini dapat memberi wadah penyebaran maklumat yang terbaik melalui pelbagai pendekatan yang komprehensif bagi meningkatkan kesedaran Teknologi Hijau serta menjadi platform yang efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau.

Lawatan YBM

Karnival yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) & Malaysian Green Technology Corporation (MGTC). Penganjuran tersebut telah dihadiri kira-kira 471 orang yang terdiri dari pelajar, mentor, pengurus pasukan negeri, pegawai teknikal negeri dari enam belas buah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh Malaysia. Program ini juga turut mengundang penglibatan 20 orang hakim bagi 7 pertandingan dan 42 warga kerja yang terdiri daripada sekretariat dan fasilitator. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah Green Cooker Challenge, Inovasi Tenaga Biojisim, Green Technology Show, Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Solar Vehicle Challenge, Xplorace dan Kuiz Teknologi Hijau.

Johan keseluruhan bagi Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017 telah dinobatkan kepada kontijen Negeri Terengganu Darul Iman. Kemeriahan Majlis Penutup Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017 diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan beliau turut menyampaikan hadiah serta sijil kepada pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan dalam karnival tersebut.


Teks : Maznah Mohamed Saipon / Syafiq Saifullah Azmi
Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim / Mohd Raffi Rosmi / Sekretariat CETREE

Aktiviti

JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG KESELAMATAN PENGGUNAAN TENAGA DAN GAS YANG BETUL BERSAMA SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA

JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG KESELAMATAN PENGGUNAAN TENAGA DAN GAS YANG BETUL BERSAMA SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA

Putrajaya, 11 Februari 2020 – Kesedaran keselamtan dalam peraturan penggunaan tenaga dan gas merupakan elemen-elemen penting dalam membantu menjayakan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian kepada seluruh sasaran masyarakat di...

JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Kepala Batas, Pulau Pinang, 31 Januari 2020 – CETREE telah mengorak langkah pada tahun 2020 ini dalam merencanakan kesedaran Teknologi Hijau kepada seluruh sasaran masyarakat di Malaysia. Kali ini, delegasi...

MINGGU ALAM SEKITAR, KESELAMATAN DAN KESIHATAN INTEGRATED DEVICE TECHNOLOGY MALAYSIA SDN. BHD. (IDT) TAHUN 2019

MINGGU ALAM SEKITAR, KESELAMATAN DAN KESIHATAN INTEGRATED DEVICE TECHNOLOGY MALAYSIA SDN. BHD. (IDT) TAHUN 2019

Bayan Lepas, Pulau Pinang, 8 November 2019 - Integrated Device Technology Malaysia Sdn. Bhd. (IDT) merupakan salah satu syarikat perindustrian yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Syarikat tersebut telah...

BENGKEL PENGUMPULAN DATA MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH

BENGKEL PENGUMPULAN DATA MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH

Langkawi, Kedah, 1 November 2019 – Bengkel Pengumpulan Data Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah telah diadakan pada 31 Oktober 2019 bertempat di Adya Hotel, Langkawi, Kedah. Seramai 16 orang...

KONVENSYEN SUSTAINABILITY PROGRAMME PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019 DI HOSPITAL SIK, KEDAH

KONVENSYEN SUSTAINABILITY PROGRAMME PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019 DI HOSPITAL SIK, KEDAH

Sik, Kedah, 22 Oktober 2019 – Pengurusan Hospital Sik, Kedah dengan kerjasama Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) telah menganjurkan Konvensyen Sustainability Programme Peringkat Negeri Kedah di Hospital Sik, Kedah pada...

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Pekan, Pahang, 20 September 2019 – Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan tahun 2019 (KITH 2019) yang telah melabuh tirainya pada 19 September 2019 dan merupakan acara tahunan yang telah...

a1kpmhijau