• BANNER KITH ADA LOGO PERTANDINGAN WEBSITE BANNER 1300X400 PXL

  • Banner FB

  • Banner modul

  • B1

  • TBB2

  • TBB1

  • TBB3

  • lokasi cetree

  • Buku sumber rujukan sekolah rendah

  • Buku sumber rujukan

  • design web3b

  • BannerC3 1

  • Pastikan alatan elektrik sentiasa berada di dalam keadaan bersih

  • Kertas : Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat bagi dokumen formal

     

  • Kertas : Gunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen yang tidak penting

                 

  • Ketuhar Gelombang Mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa

KULIM, 30 Ogos 2018 – Karnival Keusahawan, Koperasi, Kemerdekaan dan STEM atau nama singkatannya 3K1S telah diadakan bertempat di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Program yang telah berlangsung selama sehari itu telah melibatkan semua murid dan warga sekolah.

20180830 084156

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya seperti Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau oleh pihak CETREE, pameran inovasi, pameran haiwan eksotik, gerai-gerai jualan guru serta murid dan turut dijalankan bersama sambutan kemerdekaan peringkat SMK Sultan Badlishah. Ini juga bersempena hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-53. Selain daripada itu, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan yang melibat aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pertandingan permainan rakyat.

IMG 0376

Pihak CETREE turut tidak melepaskan peluang bagi mengadakan Unit Pameran Bergerak (UPB) di perkarangan sekolah SMK Sultan Badlishah bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Ia bertujuan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Teknologi Hijau (TH) dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada para murid dan warga sekolah. Para murid dan warga sekolah juga turut diberi penerangan tentang sektor-sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau (TH) dan aplikasi-aplikasinya.

IMG 0352

Beberapa alatan kit hand’s on telah dipamerkan didalam Unit Pameran Bergerak CETREE bertujuan bagi menarik minat para murid dan memberi gambaran ringkas mengenai TH. Antaranya seperti sektor pengangkutan di mana terdapat konsep kereta hidro yang menggunakan sumber air yang melalui proses elektrolisis sebagai bahan penggerak motor tersebut. Pameran yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diyakini telah berjaya memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan dan penggunaanTH dan TBB dalam kehidupan seharian kepada para murid dan warga sekolah.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Ummul Hayak Shabudin ( Pelatih Siswazah ) 
Foto : Nur Hidayah Kosim dan Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )

Aktiviti

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

PULAI, 26 November 2018 - Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah diadakan pada 20 hingga 23 November 2018 merupakan acara tahunan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2016....

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

BUTTERWORTH, 1 November 2018 – Regional Sejahtera ESSD Network (RSEN) telah menganjurkan Karnival “Sejahtera Green Carnival & Walking Football Competition 2018 ” pada 31 Oktober 2018 bertempat di SMK Permatang...

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

YAN, 3 Oktober 2018 – Pengurusan Hospital Yan, Kedah dengan kerjasama Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) telah menganjurkan program Penjimatan Tenaga & 3R (Reuse, Reduce & Recycle) di Hospital Yan, Kedah pada...

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

SIK, 3 Oktober 2018 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan Karnival Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 2018 (ESTECC 2018) pada...

as