• BANNER KITH ADA LOGO PERTANDINGAN WEBSITE BANNER 1300X400 PXL

  • Banner FB

  • Banner modul

  • B1

  • TBB2

  • TBB1

  • TBB3

  • lokasi cetree

  • Buku sumber rujukan sekolah rendah

  • Buku sumber rujukan

  • design web3b

  • BannerC3 1

  • Pastikan alatan elektrik sentiasa berada di dalam keadaan bersih

  • Kertas : Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat bagi dokumen formal

     

  • Kertas : Gunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen yang tidak penting

                 

  • Ketuhar Gelombang Mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa

20180904 103249

PORT DICKSON, 5 September 2018 – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Port Dickson telah menganjurkan Karnival MATHCOMP 2018 Peringkat Politeknik Dickson, Negeri Sembilan pada 3-4 September 2018. Program yang berlangsung secara terbuka itu telah melibatkan seluruh warga Politeknik Dickson, pendidik dan pelajar warga Kementerian Pendidikan peringkat rendah, menengah dan jabatan/agensi kerajaan dan swasta di sekitar Port Dickson. Objektif karnival yang dianjurkan ini adalah bagi memberi pendedahan, kesedaran dan memupuk minat di kalangan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Teknologi Hijau ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

IMG 20180903 WA0071

Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival itu diadakan seperti pertandingan berkaitan STEM, aktiviti berkaitan STEM, jualan produk berkaitan STEM, Scientist Talk dan Sharing Session ini turut mengadakan pameran daripada agensi kerajaan/swasta berkaitan STEM seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jabatan Kimia Malaysia, CETREE, National STEM Movement C/O Macri, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam, Politeknik Port Dickson, Agensi Remote Sensing Malaysia, Agensi Angkasa Negera, Educate to Learn Sdn. Bhd., Les’Copaque Production Sdn. Bhd. dan Durian Digital Animation Studio Sdn. Bhd.

IMG 20180903 WA0044

Karnival yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang ini turut sama disertai oleh CETREE sepanjang 2 hari karnival berlangsung di perkarangan Dewan Utama kampus Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Pameran ini bertujuan bagi memberi maklumat dan pendedahan tentang Teknologi Hijau, Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga kepada pelajar-pelajar dan semua pengunjung yang hadir pada hari karnival tersebut berlangsung.
20180904 103308

Pelbagai kit hands on dipamerkan di dalam Unit Pameran Bergerak (UPB), CETREE antaranya adalah demonstrasi kiosk berkaitan Tenaga Solar, kiosk Game Kecekapan Tenaga dan Penggunaan Tenaga di Rumah dan kiosk Kincir Angin. Pameran CETREE ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung -pengunjung yang hadir .

IMG 20180903 WA0079

Turut hadir sama memeriahkan lagi Karnival MATHCOMP 2018 adalah Puan Anita Isa, Ketua Unit Penilaian Program, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Roslee b. Yahya, Pengarah Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Teks : Syafiq Saifulllah Azmi
Foto : Mohd Rodzi Abd.Razak

 

Aktiviti

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

PULAI, 26 November 2018 - Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah diadakan pada 20 hingga 23 November 2018 merupakan acara tahunan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2016....

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

BUTTERWORTH, 1 November 2018 – Regional Sejahtera ESSD Network (RSEN) telah menganjurkan Karnival “Sejahtera Green Carnival & Walking Football Competition 2018 ” pada 31 Oktober 2018 bertempat di SMK Permatang...

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

YAN, 3 Oktober 2018 – Pengurusan Hospital Yan, Kedah dengan kerjasama Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) telah menganjurkan program Penjimatan Tenaga & 3R (Reuse, Reduce & Recycle) di Hospital Yan, Kedah pada...

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

SIK, 3 Oktober 2018 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan Karnival Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 2018 (ESTECC 2018) pada...

as