• BANNER KITH ADA LOGO PERTANDINGAN WEBSITE BANNER 1300X400 PXL

  • Banner FB

  • Banner modul

  • B1

  • TBB2

  • TBB1

  • TBB3

  • lokasi cetree

  • Buku sumber rujukan sekolah rendah

  • Buku sumber rujukan

  • design web3b

  • BannerC3 1

  • Pastikan alatan elektrik sentiasa berada di dalam keadaan bersih

  • Kertas : Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat bagi dokumen formal

     

  • Kertas : Gunakan semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen yang tidak penting

                 

  • Ketuhar Gelombang Mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa

IMG 0744

TUNJONG, 28 September 2018 - Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat Negeri Kelantan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Sasbadi dan KidZania Kuala Lumpur telah diadakan di Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, yang bertempat di Tunjong, Kelantan. Program yang berlangsung pada 25 hingga 27 September itu telah melibatkan sekolah menengah dan rendah di seluruh Negeri Kelantan. 

IMG 0701

Antara objektif karnival ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan betul dan mendalam dalam kehidupan yang juga melibatkan masyarakat dan persekitaran. Ini berdasarkan aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah dan menggalakkan kerjasama berpasukan di samping meningkatkan kemahiran komunikasi di antara para murid.

IMG 0746

Karnival STEM yang berlangsung tersebut mempertandingkan lapan jenis pertandingan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah yang melibatkan sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Projek Video Digital STEM, LEGO Robotics ‘Tug of War’, Robot SUMO, roket air dan Inovasi kapal terbang kawalan jauh. Peserta dari setiap kategori pertandingan akan melalui peringkat saringan pada hari pertama dan kedua, manakala pada hari terakhir peserta akhir akan bertanding untuk menentukan juara. Bagi pertandingan bercerita STEM sekolah rendah dipertandingkan pada hari pertama dan pertandingan STEM Action Song pula diadakan pada hari kedua. Sebanyak 26 kumpulan dari sekolah rendah dan menengah memasuki pertandingan rekacipta dan inovasi STEM.

Turut sama bagi memeriahkan karnival STEM peringkat negeri Kelantan adalah seperti Robotic Sdn. Bhd., pameran dari Pusat Sains Terengganu, pameran dari Unit Pameran Teknologi Hijau (TH) CETREE dan aktiviti keusahawanan. Pihak CETREE berpeluang berkongsi ilmu tentang TH dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada murid - murid dan pengunjung yang berkunjung ke karnival STEM tersebut.

20180926 152345

Pameran CETREE dengan kehadiran Unit Pameran Bergerak turut sama memeriahkan karnival STEM tersebut bagi menarik minat serta memberi pendedahan kepada para murid-murid dan pengunjung yang hadir mengenai TH dan TBB serta kepentingannya seperti kiosk Tenaga Solar, kiosk Kecekapan Tenaga dan kiosk Kuasa Kincir Angin. Kesimpulannya, pameran ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada para murid mengenai TH dan TBB serta menarik minat mereka untuk mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam lagi. Majlis penutup karnival tersebut berlangsung pada hari terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Persembahan dikir barat menjadi pembuka tirai kepada majlis penutup tersebut. Pada penghujung majlis, para pemenang diumumkan dan telah menerima hadiah berserta sijil.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Nur Hidayah Kosim ( Pelatih Siswazah )
Foto : Ummul Hayak Shabudin dan Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )

Aktiviti

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

PULAI, 26 November 2018 - Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah diadakan pada 20 hingga 23 November 2018 merupakan acara tahunan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2016....

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018

BUTTERWORTH, 1 November 2018 – Regional Sejahtera ESSD Network (RSEN) telah menganjurkan Karnival “Sejahtera Green Carnival & Walking Football Competition 2018 ” pada 31 Oktober 2018 bertempat di SMK Permatang...

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

YAN, 3 Oktober 2018 – Pengurusan Hospital Yan, Kedah dengan kerjasama Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) telah menganjurkan program Penjimatan Tenaga & 3R (Reuse, Reduce & Recycle) di Hospital Yan, Kedah pada...

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

KARNIVAL TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 2018 (ESTECC 2018)

SIK, 3 Oktober 2018 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan Karnival Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 2018 (ESTECC 2018) pada...

as