CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

BANGUNAN STEAM ENGINE SEBAGAI PENGGERAK UTAMA KEPADA MURID-MURID TENBY SCHOOLS PENANG MENEROKAI ILMU-ILMU STEAM

TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG, 30 JUN 2024 - Bertempat di Tenby Schools Penang telah melaksanakan satu program yang melibatkan murid-murid sekolah International yang terdapat di sekitar P.Pinang bersama-sama murid sekolah kebangsaan dan ibu bapa hadir bagi menjayakan dan memeriahkan Festival Science, Technology, Engineering, Arts, and Mathematics (STEAM) 2024 yang berlangsung pada 29 Jun 2024. Festival ini merupakan acara sampingan kepada majlis perasmian bangunan baharu di kawasan Tenby Schools Penang yang diberi nama STEAM Engine. Bangunan tersebut merupakan bangunan yang mempunyai fasiliti dan bilik kemudahan melakukan aktiviti hand’s on yang lengkap berkaitan STEAM. Antaranya seperti Auditorium, Makerspace, Zon Robotik dan Pengkodan, bilik Reka Bentuk Teknologi, bilik Teknologi Makanan, Makmal Sains, Suite Media Digital, Studio Seni, dan Teater Black Box. Sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dan tetamu yang hadir ke festival STEAM 2024 kali kedua yang dianjurkan oleh Tenby Schools Penang. Pelbagai aktiviti turut sama dilaksanakan sepanjang festival tersebut dilaksanakan antaranya seperti hand’s on workshops, VEX Robotics Competition, Campus Tour, Student-Led Exhibition and workshops bersama Tenby Schools Penang, Tech Dome Penang, Cytron , Busra Malaysia Intel, Universiti Sains Malaysia, Universiti Heriot Watt, Universiti AIMST, Fluor Corporation dan sayrikat-syarikat industri yang terdapat di sekitar negeri P. Pinang.

CETREE yang diwakili oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik Kanan turut sama-sama hadir bagi membantu dan menyampaikan perkongsian serta pemindahan ilmu kepada murid-murid dan tetamu yang hadir dengan melakukan reurai Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau. Turut sama hadir semasa festival tersebut berlangsung ialah Ms Jeanne Denyer, Campus Principal, Tenby Schools Penang dan Puan Hayati binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bersama-sama tetamu jemputan Puan Aniza binti Kamarulzaman, Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai perasmi galeri ataupun bangunan baharu di kawasan Tenby Schools Penang yang diberi nama STEAM Engine. Festival STEAM 2024 berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi penyerahan sijil penghargaan dan sesi bergambar bersama-sama pempamer serta tetamu yang hadir.

Teks  : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Rodzi Abd Razak/Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin