CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

BENGKEL PENATARAN KERTAS KONSEP KARNIVAL TENAGA LESTARI PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI P.PINANG TAHUN 2024

USM P.PINANG, 2 Julai 2024 – Satu Bengkel Penataran Kertas Konsep Karnival Tenaga Lestari peringkat Daerah dan Negeri P.Pinang tahun 2024 telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan TORAY-USM. Bengkel penataran ini yang dikelolai oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan CETREE, CGSS, USM sebagai penganjur bersama dalam menganjurkan pertandingan sebanyak 12 kategori yang melibatkan sekolah menengah dan rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan swasta di negeri P.Pinang yang akan dipertandingkan pada tarikh 19hb – 23hb Ogos 2024.

Bengkel ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai teknikal dari 5 buah daerah (Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah, Seberang Prai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya). Penglibatan pegawai-pegawai teknikal dalam bengkel penataran ini juga diharapkan dapat membantu melancarkan urusan penganjuran karnival dan pengelolaan pertandingan sepertimana yang dirancang dalam kalendar JPN P.Pinang.

Karnival Tenaga Lestari yang julung kalinya dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Pulau Pinang  dan CETREE, CGSS, USM ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan peluang kepada murid-murid seluruh negeri Pulau Pinang menyertai pertandingan yang melibatkan aktiviti diluar bilik darjah berkaitan Tenaga Lestari. Sebanyak 5 kategori yang bakal dipertandingkan di mana 3 kategori melibatkan murid – murid Sekolah Menengah manakala 2 kategori lagi bagi penyertaan melibatkan murid – murid Sekolah Rendah. Modul pertandingan ini dibangunkan oleh sekretariat CETREE bersama teknikal-teknikal terpilih.

Selain itu, lawatan oleh semua pegawai-pegawai teknikal setiap daerah ke tapak-tapak pertandingan turut dilaksanakan di kawasan yang di kenalpasti sekitar USM bagi meninjau lokasi untuk mendapat idea serta cadangan bagi melancarkan karnival yang bakal dilaksanakan. Turut sama menjayakan bengkel selama separuh hari ini ialah Encik Mohamed Rusdan Maidin, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE, CGSS, USM. Bengkel penataran diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar sebagai kenangan.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi  

 Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan / Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin