CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PERTANDINGAN UPCYCLING PLASTIC DAN KEMPEN SAY NOT TO SINGLE  SERTA SESI PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN "PENGURUSAN SISA PLASTIK" DI SMJK PEREMPUAN PERAK, IPOH, PERAK

IPOH PERAK, 21 Mei 2024 - Pertandingan Upcycling Plastic dan Kempen Say Not to Single peringkat sekolah telah berjaya dijalankan di SMJK Perempuan Perak, Ipoh, Perak. Program ini merupakan julung kalinya ia diadakan sempena Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak anjuran Yayasan Hijau Malaysia, disokong oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk membantu memberikan pendedahan kepada seluruh warga sekolah khususnya kepada murid-murid SMJK Perempuan Perak dalam memantapkan lagi pengurusan, pemahaman dan pengetahuan murid-murid berkaitan pengurangan sisa plastik sekali guna. Organisasi PSTH CETREE dan Profesor Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Dekan, Pusat Pengajian Tekonologi Industri, USM selaku Kaunsel, PSTH dijemput turut sama-sama membantu menjayakan program yang berlangsung selama 1 hari ini dengan sesi perkongsian ilmu berkaitan tajuk pengurusan sisa plastik.

Antara pengisian program sepanjang sehari keberadaan Sekretariat Organisasi PSTH ( CETEE) di sekolah ialah dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu, kunjung bantu dan sesi penjurian kepada 14 buah pasukan terbaik yang memasuki pertandingan yang diadakan di sekolah sempena program Upcycling Plastic dan Kempen Say Not to Single peringkat sekolah.

Selain itu juga, pihak sekolah mengambil peluang membincangkan matlamat serta rancangan halatuju aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang berkaitan plastik sekali guna di sekolah. Program anjuran bersama SMJK Perempuan Perak, Ipoh, Perak dan ejen-ejen PSTH berakhir dengan pemberian saguhati dan bergambar sebagai tanda kenangan serta penghargaan bersama-sama Puan Yau Beed Wah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMJK Perempuan Perak.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin