CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM OUTREACH "BEAT THE PLASTICS" DI SMK SERI PERKASA, PPD HILIR PERAK

HILIR PERAK, PERAK, 29 NOVEMBER 2023 – Satu program Outreach "Beat The Plastics” telah dirancang bersama Green Ambassadors, Environmental Protection and Education Hub (EPE Hub) dibawah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia berjaya dilaksanakan dengan jayanya. SMK Seri Perkasa merupakan salah satu program yang dipilih secara rawak bagi melaksanakan program ini sekaligus dapat menjalankan sesi kunjung bantu dengan membantu pihak sekolah berikutan sekolah tersebut merupakan salah satu sekolah yang terlibat dengan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa 3 – Perak anjuran Yayasan Hijau Malaysia, Disokong oleh YaYasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia. Objektif utama adalah sebagai membantu ejen-ejen Tunas Hijau pihak sekolah dalam pemantapan pengurusan pengurangan sisa plastik sekali guna. Seramai 30 orang murid dari Tingkatan satu (1) hingga empat (4) serta dua (2) orang guru komander Tunas Hijau telah terlibat dalam program ini.

Sesi pertemuan bersama pihak pentadbiran sekolah untuk membincangkan matlamat serta rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan semasa kunjung bantu berlangsung dengan jayanya dengan komitmen dan sokongan yang positif daripada pihak pentadbiran sekolah sepanjang Program Sekolah Tunas dijalankan. Sepanjang keberadaan sekretariat CETREE serta Pegawai Eksekutif Program Sekolah Tunas Hijau, Cik Farah Amira Zainudin dan Green Ambassadors, EPE Hub di SMK Seri Perkasa turut dibawa untuk melawat ke tapak – tapak projek dan ruang informasi berkaitan plastik sekali guna. Selain itu juga, sekretariat Green Ambassadors, EPE Hub turut sama membantu sepanjang keberadaan selama separuh hari di sekolah dengan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas bagi melahirkan minat dalam penggunaan plastik sekali guna. Antaranya seperti taklimat berkaitan dengan plastik sekali guna, amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Redesign dan Recycle), pengkelasan yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula serta aktiviti hand’s on secara berkumpulan bagi menguji tahap pemahaman dan pengetahuan murid-murid tentang plastik sekali guna. Ini memberi landasan yang kukuh bagi mereka untuk memulakan langkah-langkah positif dalam pengurusan sisa plastik di sekolah dan kehidupan seharian. Diakhir program, ejen-ejen dan komander Tunas Hijau SMK Seri Perkasa diberikan sijil penyertaan, sijil penghargaan dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan

Teks : Suhairiza Suhaimi / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin