CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

SESI KUNJUNG BANTU PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU (PSTH) FASA III – PERAK DI SEKOLAH DATUK HAJI ABDUL WAHAB, SG. SIPUT, KUALA KANGSAR, PERAK

KUALA KANGSAR PERAK, 26 Jun 2024 - Satu sesi kunjung bantu Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa III – Perak telah selesai diadakan di Sekolah Datuk Haji Abdul Wahab, Sg. Siput, Kuala Kangsar, Perak. Kunjung bantu ke sekolah ini telah diadakan dengan kerjasama komander PSTH Fasa III – Perak, barisan pentadbir sekolah, dan sekretariat CETREE.

Sesi kunjung bantu ini merangkumi beberapa aktiviti interaktif, antaranya ialah sesi mentor-mentee bersama guru komander dan sekretariat CETREE. Sesi ini dijalankan bagi menyelami cabaran yang dihadapi serta pencapaian yang telah dicapai dalam menjalankan program ini. Dalam sesi ini, guru-guru komander berkongsi pengalaman dan strategi yang telah digunakan untuk mengatasi cabaran, di samping membincangkan cara-cara untuk memperbaiki dan memperluaskan lagi impak program. Sesi ini juga memberi peluang kepada guru komander dan sekretariat CETREE untuk bertukar pendapat dan idea serta memperkukuhkan lagi pemahaman dan komitmen terhadap usaha pengurusan plastik sekali guna di sekolah.

Selain itu, sesi perkongsian ilmu kepada pasukan murid Tunas Hijau juga telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid mengenai plastik sekali guna serta kepentingan dalam pengurusan plastik sekali guna yang berkesan di sekolah. Murid-murid didedahkan kepada cara-cara mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan alternatif yang lebih mesra alam.

Dengan kerjasama erat antara pihak CETREE dan pihak sekolah, diharapkan program ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan demi membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap isu-isu dan pengurusan plastik sekali guna. Secara keseluruhannya, sesi kunjung bantu ini telah berjaya mencapai objektifnya dan memberikan impak positif kepada semua yang terlibat.

Teks : Cik Suhairiza Suhaimi

Foto : Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin