CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

SESI PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN "BAHAYA PLASTIK SEKALI GUNA" DI SMK CONVENT, TAIPING, PERAK

TAIPING, PERAK, 15 MEI 2024 - Satu program jemputan ceramah bertajuk "Bahaya Plastik Sekali Guna" telah dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam (Tunas Hijau) SMK Convent, Taiping berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berlangsung di Dewan Srikandi, SMK Convent, Taiping dan seramai 556 orang murid dan guru turut sama terlibat secara langsung sepanjang program ini diadakan. SMK Convent, Taiping merupakan salah satu sekolah yang terlibat dengan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa 3 – Perak anjuran Yayasan Hijau Malaysia, disokong oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk membantu ejen-ejen Tunas Hijau di sekolah dalam memantapkan lagi pengurusan pengurangan sisa plastik sekali guna. Pihak CETREE telah menerima jemputan daripada SMK Convent, Taiping bagi menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan tema "Bahaya Plastik Sekali Guna". Antaranya sesi perkongsian ilmu, kunjung bantu dan sesi interaktif secara hand’s on bersama-sama murid dan guru SMK Convent, Taiping. 

CETREE diwakili oleh Profesor Madya Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) selaku Kaunsel Program Sekolah Tunas Hijau Fasa 3 – Perak turut hadir menjayakan program yang berlangsung selama 1 hari dengan sesi ceramah perkongsian ilmu dan sesi soal jawab bersama seluruh warga sekolah. Selain ceramah, sesi pertemuan bersama pihak pentadbiran sekolah turut diatur oleh Komander Tunas Hijau SMK Convent, Taiping bagi membincangkan matlamat serta rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Komitmen dan sokongan yang positif daripada pihak pentadbiran sekolah sepanjang Program Sekolah Tunas Hijau dijalankan amat dihargai.

Sepanjang keberadaan di sekolah, Kaunsel bersama Pegawai Eksekutif Program Sekolah Tunas Hijau turut dibawa dibawa melawat tapak-tapak projek dan ruangan informasi berkaitan plastik sekali guna. Sekretariat Program Sekolah Tunas Hijau turut membantu sepanjang separuh hari berada di sekolah dengan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas bagi melahirkan minat dalam pengurangan penggunaan plastik sekali guna. Antaranya adalah taklimat berkaitan plastik sekali guna, amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Redesign dan Recycle), pengasingan yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula serta aktiviti kuiz di dewan sekolah untuk menguji tahap pemahaman dan pengetahuan murid-murid tentang plastik sekali guna. Ini memberi landasan yang kukuh bagi mereka untuk memulakan langkah-langkah positif dalam pengurusan sisa plastik di sekolah dan kehidupan seharian.

Program anjuran Kelab Pencinta Alam (Tunas Hijau) SMK Convent, Taiping berakhir dengan pemberian saguhati dan bergambar sebagai tanda kenangan serta penghargaan bersama-sama Puan Norehan Ibrahim, pengetua SMK Convent, Taiping.

Teks / Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan / Syafiq Saifullah Azmi/ Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin