MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK BERAPIT, JALAN BERAPIT, B.MERTAJAM, P.PINANG TAHUN 2017

BUKIT MERTAJAM, 7 April 2017 - SMK Berapit Bukit Mertajam telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik Peringkat Sekolah pada 3 hingga 7 April 2017. Program yang telah berlangsung itu melibatkan semua murid sesi pagi dan petang serta seluruh warga sekolah.

Pameran CETREE yang diadakan di perkarangan dewan SMK Berapit bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan seluruh warga SMK Berapit Bukit Mertajam mengenai Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi Hijau.

P 20170406 110920

Sepanjang pameran tersebut berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah taklimat serta ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi Kit Hands-on seperti, Radiometer yang menerangkan tentang kelebihan penggunaan warna cerah dalam sektor bangunan. Penggunaan dan pemilihan lampu yang memberi gambaran serta pendedahan kepada murid-murid tentang perbezaan penggunaan tenaga elektrik diantara lampu pijar dengan lampu LED. Kincir angin yang memberi gambaran dan pendedahan kepada murid – murid tentang bagaimana tenaga elektrik dapat dijana melalui Tenaga Angin.

20170406 095659

Pendedahan melalui kaedah “kit Hands-on” ini secara tidak langsung telah memberikan serba sedikit gambaran jelas melalui aktiviti diluar kelas tentang Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Baharu kepada murid-murid dan seluruh warga SMK Berapit.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

IMG 20170410 WA0018

                 KPTbm                                        yahijau