PENGALAMAN PERTAMA KEPADA WARGA SMK BATU LAPAN TENTANG PENGGUNAAN DAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

SIK, 12 April 2017- SMK Batu Lapan telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik Peringkat Sekolah yang melibatkan semua murid-murid sesi pagi dan petang serta seluruh warga sekolah. Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah. Pihak CETREE juga turut dijemput bagi memeriahkan lagi Minggu Sains dan Matematik tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh CETREE dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sekolah tersebut.

P 20170412 093542

“Objektif utama CETREE dijemput untuk mengadakan pameran di sekolah tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai Tenaga Solar”, Antara aktiviti yang dijalankan ialah demonstrasi Kit Hands-on model kereta solar, model boat solar dan peralatan elektrik asas seperti di dalam rumah yang menggunakan sumber yang dijana daripada Tenaga Solar. Murid-murid juga diberi pendedahan mengenai lori Unit Pameran Bergerak yang menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan api untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkaya pemikiran dan idea inovatif murid-murid dalam inisiatif bagi merekacipta sektor pengangkutan dan sektor bangunan hijau yang menggunakan ciri-ciri Teknologi Hijau pada masa akan datang.

P 20170412 112246

“Melalui pameran ini juga murid-murid mendapat pengalaman pertama menyaksikan proses penggunaan Tenaga Solar, kepelbagaian peralatan yang menggunakan Tenaga Solar dan mendapat gambaran jelas tentang penggunaan Tenaga Solar di rumah” kata Pengetua Sekolah SMK Batu Lapan, Mohd Mokhtar Bin Mat Isa.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

P 20170412 121612

                 KPTbm                                        yahijau