PRA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SM TIKAM BATU / SMK PEKULA JAYA

IMG 20170427 WA0015

SUNGAI PETANI, 24 April 2017 – Pra sambutan Jubli Emas ke 50 tahun anjuran SM Tikam Batu / SMK Pekula Jaya telah diadakan di perkarangan tapak perhimpunan SMK Pekula Jaya. Program tersebut melibatkan kakitangan, murid-murid, ibu bapa serta masyarakat komuniti sekitar SM Tikam Batu / SMK Pekula Jaya.

IMG 20170427 WA0014

Sepanjang program tersebut berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah pameran Agensi Kerajaan iaitu pameran Keselamatan Jalan Raya, persembahan T-Baton, Penjara Sungai Petani, pameran Kepenggunaan KPDNKK, pameran dan pemeriksaan kesihatan, pameran Pencegahan Dadah, pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat, pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE dan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

20170423 095701

Pameran kerjaya juga turut diadakan iaitu pameran oleh UNITAR International University Alor Setar, Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang, MSU College Sungai Petani, dan Cosmopoint Sungai Petani. Pertunjukan, persembahan dan pertandingan turut diadakan iaitu persembahan Kawad Kaki Formasi PKBM (Laut), pertunjukan silat, demonstrasi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat,

20170423 114513

pertandingan Roket Air, pertandingan Payung Terjun, pertandingan Melukis Poster, Futsal, dan demonstrasi masakan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. Pameran dan jualan sempena sambutan hari buku sedunia juga telah diadakan iaitu pameran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, pameran Perbadanan Perpustakaan Awam cawangan Sungai Petani dan jualan buku Syarikat Karang Kraf.

IMG 20170427 WA0012

Pihak CETREE juga telah dijemput untuk mengadakan pameran yang berkonsepkan Kit Hand's-On atau praktikal yang terdiri daripada pameran penggunaan Tenaga Elektrik iaitu peralatan dapur dan Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE yang menggunakan Tenaga Solar sebagai sumber utama bagi menjana arus elektrik kepada peralatan- peralatan elektrik yang terdapat di dalam lori dan minyak masak terpakai sebagai sumber bahan api alternatif bagi menggerakkan kenderaan tersebut. Pameran CETREE ini juga menggunakan alatan Kit Hand's-On seperti Radiometer bagi memberi pendedahan kepada para pengunjung tentang penggunaan warna cerah lebih baik berbanding warna gelap dalam sektor bangunan. Alatan Kit Hand's-On lain seperti Kincir Angin juga digunakan untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung tentang fungsi Kincir Angin dan penerangan mengenai proses tenaga angin yang ditukar menjadi tenaga elektrik. Para pengunjung juga diberi peluang mengendalikan dan menyentuh alatan Kit Hand's-On tersebut serta diberi penjelasan terperinci tentang bagaimana alatan tersebut berfungsi dan perkaitan alatan Kit Hands-On tersebut dengan keadaan sebenar dalam kehidupan.

IMG 20170427 WA0011

Pameran oleh pihak CETREE ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para pengunjung dan sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang kepentingan Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Baharu dalam kehidupan seharian.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

                 KPTbm                                        yahijau