TN 50 YB MENTERI MOSTI DAN KARNIVAL SAINS & KOKURIKULUM TAHUN 2017 BERSAMA KOMUNITI DAN WARGA SK CHEPIR, SIK, KEDAH

SIK, 10 Julai 2017 – Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah telah mengadakan Karnival Sains dan Kokurikulum peringkat sekolah yang dihadiri oleh tetamu kehormat dan komuniti daripada 15 buah kampung sekitar daerah Sik, Kedah. Karnival yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan pengisian program yang melibatkan aktiviti sains turut sama diadakan dalam memeriahkan karnival pada hari tersebut.2017 0706 113203 002

Penglibatan agensi kerajaan dan swasta turut sama memeriahkan pelaksanaan karnival tersebut. Antara agensi yang terlibat adalah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia, Pusat Sains Negara (PSN), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pusat Kesihatan Daerah Sik, Kedah, Planetarium Negara dan Pet Zoo (haiwan exotic).

Setiap agensi yang hadir pada karnival tersebut telah memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat dan pengisian yang berguna untuk semua yang hadir. Antaranya seperti pihak CETREE terlibat dalam memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan Tenaga dan Teknologi Hijau melalui Unit Pameran Bergerak. Manakala, agensi lain seperti PSN juga telah membuat pameran dan aktiviti hands on bagi memberi ilmu pengetahuan dalam bidang sains. Seterusnya, Jabatan Meteorologi Malaysia berperanan sebagai agensi yang memberi pendedahan kepada seluruh masyarakat khusus kawasan luar bandar berkaitan cara pembenihan hujan, air laut, keadaan cuaca dan angin semasa melalui lawatan ke bas pameran dan pameran indoor. Planetarium Negara berperanan sebagai agensi yang memberi pendedahan berkaitan skill cerapan matahari, bulan dan bintang dalam keadaan semasa melalui teleskop yang di telah disediakan dan Dome bagi merasai keadaan sebenar semasa berada di alam semesta melihat jenis-jenis bintang dan buruj yang terdapat di langit.20170707 110418

Objektif utama Karnival Sains dan Kokurikulum 2017 tersebut diadakan adalah untuk menarik minat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran dari segi penampilan sahsiah, pencapaian akademik yang cemerlang dan membudayakan sains dalam kehidupan seharian mereka. Karnival ini juga bukan sahaja dipenuhi dengan pengisian aktiviti sains malah program kerohanian turut sama dijalankan. Antaranya seperti Solat Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah dan Ceramah Perdana yang bertajuk Al-Quran dan Sains yang turut disampaikan oleh Yang Berbahagia Mufti negeri Kedah, Sahibul Sama’ah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Hj. Ahmad. Angkasawan Negara, Yang Berbahagia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang turut sama hadir bagi perkongsian pengalaman beliau.                                                                            

6

Selain itu juga, karnival turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius Tangau sebagai tetamu kehormat dalam sesi ceramah bersama masyarakat  komuniti bertemakan Transformasi Nasional 50 dan merasmikan Karnival Sains dan Kokurikulum peringkat sekolah tahun 2017 di SK Chepir, Sik, Kedah.

P 20170706 102120

Turut sama memeriahkan karnival ini ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia) Yang Berhormat Dato' Norsabrina Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan) Yang Berhormat Dato' Mohd Tajuddin Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat ), Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc, selaku wakil daripada Universiti Sains Malaysia.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi

                 KPTbm                                        yahijau