PENILAIAN LAWATAN TAPAK PROGRAM KECEKAPAN TENAGA SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH TERPILIH DI NEGERI KEDAH BAGI PEMANTAPAN BUDAYA CEKAP TENAGA YANG LESTARI TAHUN 2017

IMG 20170726 WA0011

KEDAH, 26 Julai 2017 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia telah mengadakan satu lawatan tapak ke 10 buah sekolah yang disenarai pendek bagi Program Kecekapan Tenaga Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah bagi Pemantapan Budaya Cekap Tenaga Yang Lestari bermula pada tarikh 19 sehingga 25 Julai 2017. Lawatan tapak ini melibatkan 2 orang panel penilai bagi setiap sekolah yang terdiri daripada wakil CETREE dan diiringi oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

2017 0723 100535 004

Program ini adalah di bawah Skim Geran “Knowledge Transfer Programme” (KTP) “Rolling” Kelima Fasa 3 yang melibatkan Profesor Madya Dr Mohd Rodzi Ismail sebagai ketua projek dan dibantu oleh 3 orang ahli akademia beserta rakan komuniti iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

P 20170719 094537

Lawatan tapak ini adalah bertujuan untuk memantau serta menilai 10 buah sekolah yang terlibat bagi memilih sekolah menengah cekap tenaga terbaik untuk Majlis Penganugerahan Sekolah Cekap Tenaga Negeri Kedah. Kriteria yang diambil kira dalam penilaian lawatan tapak ini adalah seperti kewujudan ahli jawatankuasa cekap tenaga, amalan cekap tenaga dan hebahan berkaitan aktiviti cekap tenaga di sekolah. Satu sesi soal jawab secara rawak turut diadakan bagi menilai keberhasilan program yang telah dilaksanakan serta mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan warga komuniti sekolah terhadap program kecekapan tenaga yang telah dilaksanakan. Antara sekolah yang telah disenarai pendek adalah seperti SMK Jerlun, SMK Yan, SMK Selama, SMK Padang Terap, SMK Chepir, SMK Tanjung Pauh, SMK Kuala Pegang, SMK Pekula Jaya, SMK Langgar dan SMK Sik.

Teks: Noor Zawani Binti Mohamed /Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim

 

                 KPTbm                                        yahijau