JOM BUDAYAKAN AMALAN JIMAT TENAGA SEMPENA KARNIVAL ALAM LESTARI

KUALA NERANG 30 Julai 2017 – Satu karnival bersama komuniti dan agensi – agensi kerajaan dan swasta telah berlangsung dengan jayanya. Karnival ini merupakan anjuran Toyota Eco Youth tahun 2017 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan komuniti tentang pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. Ini merupakan sebagai pertandingan yang di anjurkan oleh Toyota Eco Youth yang sebahagian besar melibatkan sekolah-sekolah di semua negeri di seluruh Malaysia yang menyertainya. Negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang menyertai pertandingan tersebut. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah merupakan sekolah yang mewakili negeri yang akan bertanding dalam pertandingan tersebut. Mengurangkan Jejak Karbon atau Reduce Carbon Footprint merupakan tema pertandingan yang diberikan kepada semua sekolah-sekolah pada tahun 2017.

Selain menyertai pertandingan tersebut, pihak SMK Dato Syed Ahmad perlu mempelbagaikan dan memperluaskan skop-skop langkah penyelesaian masalah bagi menangani isu-isu alam sekitar. Antaranya dengan seperti penganjuran karnival yang dilaksanakan pada hari ini yang melibatkan komuniti kawasan kediaman, agensi-agensi yang mempunyai kepakaran dalam skop kesedaran mengurangkan jejak karbon dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Karnival yang berlangsung selama separuh hari pada 29 Julai 2017 bertempat di Dataran Putra, Kualan Nerang, Kedah telah berjalan dengan jayanya dan dapat memberi impak yang positif kepada seluruh komuniti kawasan tersebut, khususnya kepada SMK Dato Syed Ahmad kerana pelbagai maklumat dan pengisian yang bermanfaat diperolehi. Antaranya seperti gotong-royong secara besar-besaran di kawasan taman perumahan sekitar Taman Jati dan Masjid Muadzam Shah, Ceramah berkaitan menangani isu alam sekitar dan pengurangan karbon oleh wakil SW Corp dan Tenaga Nasional Berhad serta pameran – pameran berkaitan kesedaran alam sekitar yang melibat CETREE, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad, SW Corp, Jabatan Penjara Malaysia dan jualan-jualan kraftangan hasil daripada sumber semulajadi hasil bumi di kawasan Kuala Nerang. Selain menyediakan medan untuk pempamer, juga membolehkan warga sekolah dan komuniti yang turut hadir bagi mengerat silaturrahim dan bertukar idea untuk meningkatkan mutu kesedaran alam sekitar yang semakin memudaratkan kepada seluruh isi yang hidup di dalam negara ini.

Turut hadir menyaksikan Karnival Alam Lestari ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Kedah, YB. Dato’ Hj. Badrol Hisham Bin Hashim, DSDK.,SMK.,AMK.,BKM.,PJK. merangkap ADUN Kuala Nerang, Pegawai Daerah Kuala Nerang, Tuan Fathullah Suhaimi Bin Hj. Ismail, AMK.,AMN.,BCK,. dan Pengetua SMK Dato Syed Ahmad


Teks : Syafiq Saifullah Azmi /Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim

                 KPTbm                                        yahijau