MAJLIS PENTAULIAHAN SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) BANGUNAN MELAKA

AYER KEROH, 12 Ogos 2017 – Majlis Pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga (SPT) bangunan negeri Melaka di bawah anjuran bersama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia telah berlangsung pada 11 Ogos 2017 bertempat di Hotel Equatorial, Bandar Hilir Melaka.

20988299 346726652407769 4668438244903255103 o

Majlis ini bertujuan untuk memberikan pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga kepada sembilan pemilik bangunan kerajaan negeri Melaka mengikut (i) kiraan penggunaan bil elektrik bangunan (ii) penilaian sifat bangunan dan (iii) penilaian komitmen organisasi. Pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga bangunan Melaka ini adalah di bawah pembiayaan Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

20934097 346723895741378 7982058553711313308 o

Objektif utama Program Pemindahan Ilmu bagi pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga ini untuk mengenal pasti prestasi tenaga bangunan dan melaksanakan pensijilan kepada bangunan kerajaan negeri Melaka bagi meningkatkan keprihatinan dan menyemai tabiat penggunaan tenaga secara bijaksana.

Program yang melibatkan sembilan (9) bangunan terpilih negeri Melaka ini telah dilaksanakan sepanjang tempoh dua (2) tahun bermula 1 Oktober 2015.

20934990 346724662407968 8310503227895695511 o

Majlis Pentauliahan yang berlangsung pada 11 Ogos 2017 itu telah diserahkan Sijil Prestasi Tenaga beserta plak kepada sembilan bangunan terpilih. Upacara penyerahan sijil dan plak telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. Hj Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

 

Teks : Nor Akma Musa / Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim

                 KPTbm                                        yahijau