MAJLIS ANUGERAH PROGRAM KECEKAPAN TENAGA SEKOLAH MENENGAH TERPILIH NEGERI KEDAH BAGI PEMANTAPAN BUDAYA CEKAP TENAGA YANG LESTARI

21015732 346448842435550 380917697509101974 o

SUNGAI PETANI, 21 Ogos 2017 – Majlis Anugerah Program Kecekapan Tenaga Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah Bagi Pemantapan Budaya Cekap Tenaga Yang Lestari anjuran Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah berlangsung pada 20 Ogos 2017 bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah.

21015791 346456255768142 4888362551014307226 o

Majlis ini bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada sekolah menengah terpilih di negeri Kedah yang telah menunjukkan prestasi terbaik dalam pengurangan bil elektrik sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesedaran yang berkaitan kecekapan tenaga. Program Kecekapan Tenaga Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah Bagi Pemantapan Budaya Cekap Tenaga Yang Lestari ini adalah di bawah pembiayaan Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

20901676 346455909101510 2747518677354070084 o

Objektif utama Program Pemindahan Ilmu ini adalah bagi mengiktiraf dan menggalakkan pemindahan ilmu pengetahuan melalui pertukaran idea-idea yang kreatif dan inovatif, hasil penyelidikan, pengalaman dan kemahiran antara IPTA, organisasi penyelidikan, industri, agensi kerajaan dan masyarakat secara meluas. Program yang melibatkan 22 buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah ini telah dilaksanakan sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan bermula Mac 2017. Sekolah yang dipilih sebagai pemenang utama pada program ini telah berjaya mencapai pengurangan kadar penjimatan tenaga elektrik sebanyak 9.7% sepanjang program ini dilaksanakan iaitu melebihi daripada sasaran yang ditetapkan sebanyak 5%.

Majlis Anugerah yang berlangsung pada 20 Ogos 2017 itu telah memilih dan menobatkan 3 buah sekolah menengah cekap tenaga terbaik sebagai pemenang. Pemenang utama SMK Langgar membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 5,000.00, plak beserta sijil penyertaan di ikuti dengan SMK Pekula Jaya dan tempat ketiga di sandang oleh SMK Sik . Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Tajuddin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan).

Teks : Cik Noor Zawani Mohamed / Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim

                 KPTbm                                        yahijau