KYOTO UNIVERSITY SUMMER PROGRAM 2018

NIBONG TEBAL, 15 Ogos 2018 – CETREE, USM telah mengadakan pameran bas dan lori bergerak Teknologi Hijau pada 14 Ogos 2018 bertempat di Pusat Pengajian Mekanik, USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang Pameran ini diadakan sempena Kyoto University Summer Programme 2018 yang berlangsung selama 10 hari melibatkan pelajar - pelajar Universiti Kyoto seramai 30 orang termasuk pensyarah dari universiti tersebut.

39294974 522369818176784 7676469303830380544 o

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar - pelajar Universiti Kyoto tentang Teknologi Hijau (TH) dan berkongsi maklumat tentang aplikasi TH di Malaysia. Keberlangsungan pameran ini dibantu oleh beberapa orang pegawai teknikal serta urusetia CETREE, USM.

39386310 522080878205678 5265960720457007104 o

Pada sebelah pagi, sesi taklimat berkaitan TH telah disampaikan oleh Pengarah CETREE, Prof. Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei. Pameran bermula pada jam 11.00 pagi. Pelajar – pelajar diberi penerangan tentang TH, Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) di dalam bas dan lori bergerak milik CETREE dan diberi peluang untuk mengendalikan kiosk TH, TBB dan KT yang dipamerkan. Ini melibatkan kit Hand’s On Smart House, Wave Power, Biomass, sistem penapis air, informasi berkaitan perkakasan barangan elektrik di dalam rumah dan lain - lain lagi.

39403406 522082164872216 4075160314423803904 o

Pihak CETREE dan pensyarah universiti tersebut mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan tentang aplikasi TH yang ada di negara masing-masing. Penambahbaikan tentang aplikasi TH yang dibincangkan turut diutarakan dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi manfaat yang berguna kepada kedua-dua belah pihak untuk kerjasama projek berkaitan TH di masa hadapan.

39306828 522079261539173 6654538207192940544 o

Selain itu, pihak CETREE turut mengedarkan risalah berkaitan kelebihan, manfaat dan pengetahuan aplikasi TH kepada para pelawat daripada staf – staf Pusat Pengajian Mekanik yang turut sama memeriahkan program tersebut. Pameran berakhir pada jam 12.30 tengah hari kemudian sesi bergambar diadakan sebagai penutup pameran.

39442835 522081884872244 2388665096965455872 o

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Nurul Syifa Abdul Latiff ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim

                 KPTbm                                        yahijau