KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TUNJUONG, 28 September 2018 – Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat negeri Kelantan 2018 yang telah diadakan pada 25 hingga 27 September 2018 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan, Sasbadi dan KidZania Kuala Lumpur. Karnival yang berlangsung selama tiga hari tersebut telah diadakan di perkarangan Kompleks JPN Kelantan, Bandar Baru, Tunjong, Kelantan.

IMG 0744

Karnival STEM yang berlangsung tersebut mempertandingkan lapan jenis pertandingan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah yang melibatkan sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Projek Video Digital STEM, LEGO Robotics ‘Tug of War’, Robot SUMO, roket air dan Inovasi kapal terbang kawalan jauh. Peserta dari setiap kategori pertandingan akan melalui peringkat saringan pada hari pertama dan kedua, manakala pada hari terakhir peserta akhir akan bertanding untuk menentukan juara.

IMG 0701

Bagi pertandingan bercerita STEM sekolah rendah dipertandingkan pada hari pertama dan pertandingan STEM Action Song pula diadakan pada hari kedua. Sebanyak 26 kumpulan dari sekolah rendah dan menengah memasuki pertandingan rekacipta dan inovasi STEM.

IMG 0746

Turut sama bagi memeriahkan carnival STEM peringkat negeri Kelantan adalah seperti Robotic Sdn. Bhd., pameran dari Pusat Sains Terengganu, pameran dari Unit Pameran Teknologi Hijau (TH) CETREE dan aktiviti keusahawanan. Pihak CETREE berpeluang berkongsi ilmu tentang TH dan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada para murid - murid yang berkunjung ke kawasan Unit Pameran Bergerak CETREE.

20180926 152345

Majlis penutup karnival tersebut berlangsung pada hari terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Persembahan dikir barat menjadi pembuka tirai kepada majlis penutup tersebut. Pada penghujung majlis, para pemenang diumumkan dan telah menerima hadiah berserta sijil.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Nur Hidayah Kosim ( Pelatih Siswazah )
Foto : Ummul Hayak Shabudin dan Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )

                 KPTbm                                        yahijau