PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

GELUGOR, PULAU PINANG, 14 Mei 2022 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS sekali lagi mengorak langkah dalam merencanakan kesedaran Teknologi Hijau kepada masyarakat di Malaysia. Kali ini, pihak CETREE dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah menjalin hubungan kerjasama dalam Program Pemindahan Ilmu Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga kepada warga JPNPP menerusi satu perjumpaan pada 13 Mei lalu.

1 32

Tujuan utama program ini adalah untuk memindahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga di kalangan warga JPNPP. Pelbagai perkara telah diperbincangkan dalam pembentangan kertas cadangan program antara pihak CETREE dan JPNPP pada perjumpaan itu. Antara perkara tersebut adalah mengenai objektif, kaedah pelaksanaan, keberhasilan impak, jadual dan keperluan program.

Dalam perjumpaan itu, telah hadir bersama Tuan Mohamad Said Ibrahim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Tuan Huzaimi Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Encik Shamsir Jemain, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid), Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, CGSS dan dua orang secretariat CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia.

1 56

Menurut Tuan Mohamad Said Ibrahim, kerjasama program ini amat bermakna kerana JPNPP adalah merupakan jabatan pendidikan pertama di Malaysia yang akan menerapkan amalan dan kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga kepada warga kerjanya serta berharap JPNPP akan menjadi ikon kepada jabatan-jabatan Pendidikan Negeri yang lain di masa akan datang. Tambahnya lagi, JPNPP dengan rasa bersyukur dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti CETREE dalam membudayakan amalan Kecekapan Tenaga. Dan Audit Tenaga kepada seluruh warga kerja JPNPP.

1 22

Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei turut meluahkan rasa terharu dengan penerimaan dan sokongan yang diberikan oleh pihak JPNPP kepada CETREE. Beliau juga berkata bahawa pihak CETREE akan sentiasa membantu JPNPP dalam memindahkan ilmu Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga ini dalam mencapai impak yang disasarkan walaupun dalam jangka masa panjang. Selain itu, beliau juga berharap dengan usaha murni kerjasama ini seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan agenda teknologi hijau kepada masyarakat di Malaysia.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1