MESYUARAT KERJASAMA PELAKSANAAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA UNTUK WARGA JPN PULAU PINANG

GELUGOR, PULAU PINANG, 14 JUN 2022 – Satu mesyuarat susulan bagi kerjasama pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu Kecekapan dan Audit Tenaga untuk Warga Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia bagi membincangkan hal ehwal pelarasan program yang akan dijalankan bermula pada bulan Julai 2022.

20220614 103724   20220614 104900

Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah melibatkan perancangan program merangkumi komponen memperkasakan pengetahuan warga Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengenai kecekapan tenaga dan audit tenaga menerusi aktiviti ceramah, siri webinar, kunjung bantu dan juga penilaian keberkesanan. Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang juga akan dibekalkan dengan bahan-bahan sokongan program seperi modul panduan kecekapan tenaga dan audit tenaga, pelekat dan juga bunting kecekapan tenaga. Pihak CETREE juga bersetuju untuk membekalkan set bahan-bahan pendidikan yang merupakan modul kurikulum dan bahan bantu mengajar berkaitan yang telah dihasilkan sebelum ini sebagai bahan showcase yang boleh diletakkan di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan rujukan.

20220614 105155   20220614 111550

Di dalam perbincangan ini, perincian aktiviti, tarikh, lokasi, penglibatan warga Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan tempoh pelaksanaan turut dibincangkan bagi persetujuan bersama. Pada masa yang sama, pihak CETREE meletakkan sasaran maksima pengurangan bil elektrik di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang selepas tamat program adalah sebanyak 5%.

20220614 113456   IMG 20220614 WA0091

Di akhir mesyuarat, semua ahli di bawa ke sudut pameran bahan-bahan pendidikan yang telah disediakan dan lawatan ke Unit Pameran Bergerak CETREE di dataran DTSP USM bagi penerangan tentang keupayaan lori yang menggunakan tenaga solar bagi pengkuasaan peralatan elektrik dan penggunaan minyak sayuran bagi penjanaan kuasa enjin kenderaan.

IMG 20220614 WA0046   IMG 20220614 WA0043 1

Antara pegawai yang hadir di pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang adalah Tn. Huzaimi Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan JPNPP, En. Shamsir Jemain, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPNPP, En. Muhammad Akmal Ngadiman, Penolong Pengarah, Sektor Sumber Manusia, JPNPP, Pn. Che Haslina Che Mamat, Penolong Pegawai Tadbir, Sektor Pengurusan dan Pn. Alyani, Hj Mazlan. Manakala yang hadir di pihak Universiti Sains Malaysia melibatkan Prof. Madya Dr Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, Prof. Madya Dr. Mohd Sayuti Hassan, Pensyarah Kanan CGSS, Prof. Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan CGSS, Dr. Faizal Baharum, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perumahan, Pembangunan dan Perancangan, dan dua orang sekretariat CETREE iaitu En. Syafiq Saifullah Azmi dah En. Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham.

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1