MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK BANDAR PUTERI JAYA, SG.PETANI, KEDAH

SUNGAI PETANI, KEDAH 20 JULAI 2022 – Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya telah mengadakan Program Minggu Sains dan Matematik buat julung kalinya pada tahun ini. Program ini merupakan anjuran Panitia Sains dan Matematik dengan kerjasama Kelab STEM serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Puteri Jaya. Tujuan utama Program Minggu Sains dan Matematik ini dijalankan adalah untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan juga Matematik. Tambahan pula, pihak sekolah juga berhasrat untuk melahirkan murid kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua iaitu melahirkan modal insan berdaya saing tinggi.

                                                                                  AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.28.21 PM 1    AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.28.22 PM 1        

Pada masa yang sama, pihak CETREE, telah dijemput untuk menjalankan aktiviti serta pameran Teknologi Hijau. Aktiviti dan pameran yang dijalankan adalah dengan tujuan perkongsian ilmu pengetahuan tentang kepentingan sektor-sektor dalam Teknologi Hijau yang juga menyokong agenda STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dan juga usaha bagi mengurangkan kesan perubahan iklim pada masa kini dengan penggunaan teknologi yang mesra alam.Selain itu, pihak sekolah turut menjemput beberapa agensi kerajaan dan swasta bagi menjayakan Program Minggu Sains dan Matematik seperti Pusat Pengajian Sains Kimia, USM, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan pameran daripada kelab-kelab Sains Matematik sekolah.

AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.27.36 PM 1

Pihak sekolah juga ada menganjurkan beberapa program yang menarik sebagai pengisian program seperti ceramah kerjaya daripada pihak Farmasi, Bucket Tour STEM Challenge, pertandingan membina roket dan pelbagai aktiviti yang menarik yang lain dijalankan sepanjang minggu Program Sains dan Matematik berlangsung. Di dalam program ini, CETREE turut mempamerkan serta menerangkan beberapa modul pendidikan bagi perkongsian ilmu tentang Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga. Pameran ini telah mendapat kunjungan daripada murid tingkatan satu hingga lima dan guru-guru uga turut mengunjungi pameran yang disediakan.   

                                                                                       AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.28.22 PM      AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.28.25 PM

Antara bahan pameran yang menjadi tarikan utama warga sekolah ialah “Ku Lihat Cahaya” yang menerangkan perbezaan penggunaan tenaga bagi lampu LED dan mentol biasa dengan menggunakan konsep dinamo basikal. Murid juga berminat dengan penggunaan panel solar pada topi, bot solar dan kereta solar yang dipamerkan. Dalam perkara ini murid turut dapat mempelajari kaedah penggunaan Tenaga Boleh Baharu dengan memahami konsep Unit Pameran Bergerak (UPB) yang menggunakan tenaga solar bagi menjana peralatan elektrik yang dipamerkan dan penggunaan minyak sayuran bagi penjanaan kuasa enjin kenderaan.

AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.28.19 PM

Pihak CETREE juga berharap agar pameran yang disediakan dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat dan objektif Program Sains dan Matematik yang disasarkan oleh SMK Bandar Puteri Jaya sepanjang pelaksanaan Program Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini.

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1