KEDAH STEM GROOMING CAMP 2022

SUNGAI PETANI, KEDAH 28 JUN 2022 – Kedah STEM Grooming Camp 2022 telah berjaya dijalankan selama tiga hari, bermula pada 26 Jun hingga 28 Jun 2022 bertempat di SJKC Tai Tong. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menawarkan pelbagai aktiviti bagi menarik minat murid terhadap aliran sains dan pembudayaan sains. Pada masa yang sama kem ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang manfaat dari ilmu pengetahuan berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang memfokuskan dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).


AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.57.11 PM 2

Di dalam kem ini, antara pengisian yang dijalankan oleh pihak CETREE adalah ceramah berkenaan Teknologi Hijau yang disampaikan kepada peserta kem. Selepas ceramah, peserta kem telah menjalani aktiviti berkenaan konsep Teknologi Hijau di dalam kumpulan yang diagihkan. Peserta diminta untuk menghasilkan beg sekolah dan beg galas daripada banting-banting terpakai termasuk sesi pembentangan. Aktiviti seterusnya yang dijalankan adalah berkenaan pengiraan asas audit tenaga yang dijalankan secara interaktif bersama kumpulan peserta. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman peserta mengenai konsep kitar semula, kemahiran asas audit tenaga yang akhirnya akan menyokong konsep Teknologi Hijau yang diketengahkan.

                                                                        AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.57.12 PM     AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.57.12 PM 1

Program ini turut dimeriahkan dengan Unit Pameran Bergerak CETREE yang di bawa daripada Universiti Sains Malaysia. Perlaksanaan program ini telah melibatkan 10 buah sekolah terpilih dari negeri kedah iaitu SMK Yan, SMK Guar Chempedak, SMK Bandar Puteri Jaya, SMK Dato’ Bijaya Setia, SMK Padang Serai, SMK Dato’ Lela Pahlawan, SMK Tanjong Puteri, SMK Kuala Ketil, SMK Seri Enggang dan SMK Jenari. Manakala rakan kerjasama strategik yang telah menjayakan program ini selain CETREE, ialah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jawatankuasa Induk Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi, Kerajaan Negeri Kedah, Darul Aman, Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pihak SJKC Tai Tong.

                                                                         AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 14 at 9.00.12 AM      AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 14 at 9.00.12 AM 1

Majlis perasmian penutup Kedah STEM Grooming Camp berlangsung pada jam 3 petang dan berakhir pada 5 petang. Tetamu kehormat di sambut dengan gimik robotik haiwan yang mempamerkan beberapa aksi yang menarik perhatian peserta dan tetamu kehormat. Sesudah persembahan robotik, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh En. Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Majlis kemudian dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Wan Nor Azman bin Zainol, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Yang Berusaha Encik Wan Nor Azman bin Zainol juga mengungkapkan penghargaan terhadap kesungguhan Seketariat Kedah STEM Grooming Camp 2022 dan rakan kerjasama strategik dalam merealisasikan program berkenaan. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyatakan hasrat untuk melihat lebih ramai ahli sains yang dilahirkan berasal daripada bumi Kedah, melalui langkah pertama dengan menyertai Kedah STEM Grooming Camp ini. Sebaik sahaja majlis penutup telah dirasmikan, tetamu kehormat dan hadiri yang berada di dalam dewan itu disajikan dengan persembahan drone bercahaya yang bergerak secara irama di dalam gelap.

                                                                               AnyConv.com WhatsApp Image 2022 09 13 at 4.57.14 PM 1     

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

a1 a1 a1 a1