CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

1 HIJAU 1 KOMUNITI DAN PELANCARAN JELAJAH TEKNOLOGI HIJAU

edit

MIRI, 18 Jun 2011 – Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menganjurkan Program 1Hijau 1Komuniti & Majlis Pelancaran Jelajah Teknologi Hijau bertempat di Mega Hotel, Miri, Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air yang juga merupakan Ahli Parlimen Bahagian Miri.

Dengan bertemakan 1Hijau 1Komuniti, program ini bertujuan untuk menggalakkan setiap lapisan masyarakat mengamalkan budaya hidup hijau, melindungi dan memelihara alam sekitar. Program sehari ini dimuatkan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga oleh pakar dari pihak KeTTHA, CETREE dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA Malaysia). Di samping itu juga, program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara yang akan bersama-sama melakukan aktiviti teknologi hijau bersama pelajar-pelajar yang hadir antaranya ialah Pembinaan “Solar Car”, “Solar Bot” dan Sistem Rawatan Air.

YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui menekankan dalam ucapannya, “Program seperti ini penting bagi memastikan masyarakat dan pelajar-pelajar dapat memahami isu-isu pemanasan global dan perubahan iklim yang boleh diatasi oleh teknologi hijau di samping meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menuju ke arah kelestarian hidup”.

Pada program ini turut diadakan Majlis Pelancaran Jelajah Teknologi Hijau bagi memperkenalkan Bas Teknologi Hijau yang mana 100% menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan bakar serta berkuasakan 100% tenaga suria bagi membekalkan tenaga elektrik. Bersesuaian dengan teknologi hijau, kenderaan ini berkonsepkan rumah mini serta mengaplikasikan penggunaan Tenaga Boleh Baharu dan kecekapan tenaga. Bas Teknologi Hijau ini turut mempunyai kios-kios tersendiri seperti kios Tenaga Boleh Baharu dan kios Biojisim bagi memudahkan pembelajaran secara “hands-on”. Pameran Bas Teknologi Hijau yang berkonsepkan “solar on wheel” ini akan menjelajah 9 lokasi yang melibatkan 44 buah sekolah menengah dan rendah di sekitar Miri yang akan bermula pada 29 Jun 2012 hingga 18 Julai 2012 dari jam 8.00 pagi hingga tamat waktu persekolahan. Di samping merasai pengalaman langsung Bas Teknologi Hijau ini, pelajar-pelajar juga akan berpeluang untuk membuat dan merekabentuk kereta solar dan bot solar sebagai aktiviti semasa pameran ini berlangsung.

Program ini turut mendapat kerjasama yang padu dari Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional Negeri Sarawak serta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak ini melibatkan peserta dari Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di kawasan Bahagian Miri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan juga pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Bahagian Miri.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.