CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

DASAR TENAGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH

Merupakan modul berkaitan Mata Pelajaran Asas Kelestarian, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains yang digunapakai oleh Jurulatih Utama Pakar (JUP) dan Jurulatih Utama (JU) sepanjang Bengkel TOT bagi penyebaran Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

GURU

MODUL TEKNOLOGI HIJAU SAINS

MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

MODUL TEKNOLOGI HIJAU KIMIA

MODUL TEKNOLOGI HIJAU FIZIK

MODUL TEKNOLOGI HIJAU BIOLOGI

MURID

MODUL TEKNOLOGI HIJAU SAINS

MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

MODUL TEKNOLOGI HIJAU KIMIA

MODUL TEKNOLOGI HIJAU FIZIK

MODUL TEKNOLOGI HIJAU BIOLOGI

MODUL TENAGA BOLEH BAHARU & KECEKAPAN TENAGA SEKOLAH RENDAH

Merupakan modul berkaitan Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup yang digunapakai oleh Jurulatih Utama Pakar (JUP) dan Jurulatih Utama (JU) sepanjang Bengkel TOT bagi penyebaran Modul Tenaga Boleh Baharu (TBB) & Kecekapan Tenaga (KT) Sekolah Rendah. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

GURU

MODUL PANDUAN GURU BAHASA MELAYU

MODUL PANDUAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

MODUL PANDUAN GURU SAINS

MODUL PANDUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

MODUL PANDUAN GURU MATHEMATICS

MODUL PANDUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP

MODUL PANDUAN GURU KAJIAN TEMPATAN

MURID

MODUL AKTIVITI BAHASA MELAYU

MODUL AKTIVITI PENDIDIKAN SENI VISUAL

MODUL AKTIVITI SAINS

MODUL AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM

MODUL AKTIVITI MATHEMATICS

MODUL AKTIVITI KAJIAN TEMPATAN

MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP

MODUL AKTIVITI BAHASA INGGERIS

MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM

KERTAS KONSEP FESTIVAL TEKNOLOGI HIJAU DAN STEM BIODIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2023

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah merangka pertandingan yang menerapkan elemen Teknologi Hijau dan Biodiversiti bagi peringkat kebangsaan kepada golongan murid Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Terdapat lapan (8) kategori pertandingan bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang telah dibangunkan dan digubal dengan usahasama sekretariat CETREE bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan guru-guru teknikal yang berpengalaman Negeri Kedah.

Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

KERTAS KONSEP FTHSB

MANUAL PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU : KE ARAH PEMBENTUKAN AMALAN HIJAU DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH (TENAGA, AIR, PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN JEJAK KARBON)

Merupakan modul berkaitan Program Sekolah Tunas Hijau: Ke Arah Pembentukan Amalan Hijau di Kalangan Warga Sekolah adalah projek rintis melibatkan 25 buah Sekolah Menengah terpilih di sekitar Lembah Klang. Sekolah-sekolah Menengah yang terpilih adalah Sekolah Menengah yang berhampiran dengan Program Perumahan Rakyat (PPR). Hasil atau dapatan yang diperoleh dari program ini akan diguna pakai sebagai penanda aras untuk program-program seterusnya yang berkaitan denganamalan hijau di sekolah.Program ini merupakan hasil kerjasama gabungan dan kepakaran daripada Yayasan Hasanah, Yayasan Hijau Malaysia dan Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MANUAL PSTH FASA 1

MANUAL PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU : KE ARAH PEMBENTUKAN AMALAN HIJAU DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH (TENAGA, AIR, PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN JEJAK KARBON)

Merupakan modul berkaitan Program Sekolah Tunas Hijau: Ke Arah Pembentukan Amalan Hijau di Kalangan Warga Sekolah adalah projek rintis melibatkan 25 buah Sekolah Menengah terpilih di dalam negeri Kedah. Sekolah-sekolah Menengah yang terpilih adalah Sekolah Menengah yang menjadi tumpuan kawasan luar bandar. Hasil atau dapatan yang diperoleh dari program ini akan diguna pakai sebagai penanda aras untuk program-program seterusnya yang berkaitan dengan amalan hijau di sekolah.Program ini merupakan hasil kerjasama gabungan dan kepakaran daripada Yayasan Hasanah, Yayasan Hijau Malaysia dan Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Pusat Pemindahan Ilmu, Universiti Sains Malaysia . Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MANUAL PSTH FASA 2

MANUAL PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA III : KE ARAH SIFAR PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH

Merupakan modul berkaitan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III Perak: Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna dalam kalangan Warga Sekolah adalah kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan juga negeri Kedah pada Fasa I dan Fasa II pelaksanaan. Pelaksanaan program ini melibatkan sebanyak 125 buah sekolah menengah terpilih di negeri Perak dan dijangka akan mengambil tempoh masa pelaksanaan selama 2 tahun. Pada akhir program, 5 buah sekolah akan diiktiraf sebagai sekolah Tunas Hijau berdasarkan pencapaian yang telah dicapai dan sekolah – sekolah tersebut akan menjadi sekolah model bagi ikutan sekolah – sekolah lain dalam pengurusan sisa plastik dan plastik sekali guna. Program ini merupakan hasil kerjasama gabungan dan kepakaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Yayasan Hijau Malaysia dan Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia dan disokong oleh Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MANUAL PSTH FASA 3

MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahun 2016, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah merangka pertandingan aktiviti di luar bilik darjah yang menerapkan elemen Teknologi Hijau diperingkat Kebangsaan bagi golongan murid-murid Sekolah Menengah seluruh Malaysia.

Terdapat tujuh (7) kategori pertandingan yang telah dibangunkan dan digubal dengan usahasama sekretariat CETREE bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendididkan Negeri (JPN), pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pegawai daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan guru-guru pakar yang berpengalaman yang telah dikenalpasti kepakaran bidang masing-masing. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN KARNIVAL INOVASI

MANUAL PRORAM PENGAUDITAN HIJAU

Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) telah merangka pelaksanaan program Pengauditan Hijau dan perkhemahan Kem Teknologi Hijau di seluruh Malaysia bagi tahun 2016. 

Program Pengauditan Hijau dan Kem Teknologi Hijau ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah dan juga para guru mengenai kepentingan Sains bertemakan Teknologi Hijau melalui pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang bersifat mesra alam dan interaktif. Program ini melibatkan 25 buah kem di seluruh Malaysia. Ianya disertai oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah terpilih seluruh daerah dalam siri jelajah seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PROGRAM PENGAUDITAN HIJAU

MODUL PANDUAN KECEKAPAN TENAGA DI SEKOLAH

Tahun 2017, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menjayakan program ‘Smart Energy Education’. Objektif utama program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran dan amalan cekap tenaga di kalangan pelajar sekolah menengah dengan pendekatan baru menerusi pelbagai aktiviti interaktif secara “hands on” yang mampu memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah bagi mempelajari ilmu berkaitan kecekapan tenaga dengan lebih berkesan. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

MODUL PANDUAN KECEKAPAN TENAGA

MANUAL SIJIL PRESTASI TENAGA (BANGUNAN BUKAN KEDIAMAN)

Tahun 2017, Pusat Pendidikan, Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah mewujudkan skim Sijil Prestasi Tenaga (SPT) untuk mengawal jumlah tenaga yang digunakan oleh bangunan kerajaan di negeri Melaka.

Peraturan Sijil Prestasi Tenaga (SPT) telah dilaksanakan di negara maju yang lain dan bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan pemilik dan penghuni bangunan tentang bangunan yang cekap tenaga. SPT menilai setiap bangunan, sama ada kediaman, komersial atau awam, tentang tahap kecekapan mereka dalam menggunakan tenaga dengan mengambil kira keselesaan dan fungsi bangunan. Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

MANUAL SIJIL PRESTASI TENAGA

BUKU PANDUAN GURU (TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA)

Merupakan buku panduan yang disediakan dan ditulis khas untuk kegunaan para guru sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sejajar dengan semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Siri buku ini yang berjudul seperti di bawah, terdiri daripada empat jilid yang disediakan untuk mencetuskan idea serta memenuhi minat guru dan pelajar dalam topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Buku panduan ini mengandungi lapan bab yang melibatkan perbincangan topik-topik berkaitan dengan tenaga diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, kesan penggunaan tenaga kepada persekitaran, amalan-amalan penggunaan tenaga yang cekap, dan penggunaan tenaga nuklear dan kesannya.

Buku ini yang mengandungi Sains Teras dalam tingkatan 1, 3 dan 5; Sains Tambahan dalam tingkatan 4; Kimia dalam tingkatan 4 dan 5; Kajihayat dalam tingkatan 4 dan Fizik dalam tingkatan 5 boleh digunakan sebagai panduan bagi para guru. Setiap topik dimulakan dengan Gambaran Keseluruhan Topik yang dibincangkan dengan jelas. Objektif Pengajaran, Konsep Utama, Aktiviti dan Prosedur Aktiviti Pelajar, dan Implikasi Sosial juga disertakan dalam setiap topik supaya dapat memudahkan guru untuk memulakan aktiviti di dalam kelas dan membuat rancangan pengajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar terhadap tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga.Buku panduan ini dibangunkan oleh CETREE bersama-sama rakan strategik seperti Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KTAK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Denmark melalui DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development). Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

BUKU PANDUAN GURU

TEACHER'S GUIDE MODULE

BUKU SUMBER TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA

Merupakan buku sumber yang disediakan dan ditulis khas untuk kegunaan para guru sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sejajar dengan semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Siri buku ini yang berjudul seperti di bawah, terdiri daripada empat jilid yang disediakan untuk mencetuskan idea serta memenuhi minat guru dan pelajar dalam topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Buku sumber guru ini mengandungi tujuh bab yang membincangkan topik-topik Tinjauan terhadap Tenaga dan Kecekapan Tenaga; Terma Suria; Fotovolta; Biojisim; Tenaga-tenaga Diperbaharui Lain (Hidro, Geoterma, Ombak dan Angin); Kecekapan Tenaga; dan Bahan dan Maklumat tentang Tenaga dalam Pendidikan. Topik-topik yang dibincangkan menerangkan aspek-aspek sumber tenaga serta gambarajah yang mudah difahami berkaitan dengan kehidupan seharian. Buku panduan ini dibangunkan oleh CETREE bersama-sama rakan strategik seperti Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KTAK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Denmark melalui DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development).Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

BUKU SUMBER GURU

TEACHER'S RESOURCE MODULE

BUKU AKTIVITI TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA

Merupakan buku aktiviti yang disediakan dan ditulis khas untuk kegunaan para guru sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sejajar dengan semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Siri buku ini yang berjudul seperti di bawah, terdiri daripada empat jilid yang disediakan untuk mencetuskan idea serta memenuhi minat guru dan pelajar dalam topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Buku aktivti ini berserta kit-kit demostrasi mengandungi empat topik termasuk Terma Suria, Fotovolta, Biojisim dan Kecekapan Tenaga yang disediakan sebagai satu pakej untuk menerangkan konsep tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga dengan lebih berkesan. Setiap topik mengandungi sekurang-kurangnya sepuluh eksperimen yang boleh dilakukan secara berasingan dengan prosedur-prosedur lengkap beserta panduan penyelesaian dan ia sejajar dengan maklumat yang disediakan dalam Buku Sumber Guru.

Buku aktivti ini dibangunkan oleh CETREE bersama-sama rakan strategik seperti Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KTAK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Denmark melalui DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development).Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

BUKU AKTIVITI

ACTIVITY MODULE

KOLEKSI PROJEK KO-KURIKULUM TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA

Merupakan buku koleksi projek Ko-Kurikulum yang disediakan dan ditulis khas untuk kegunaan para guru sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sejajar dengan semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Siri buku ini yang berjudul seperti di bawah, terdiri daripada empat jilid yang disediakan untuk mencetuskan idea serta memenuhi minat guru dan pelajar dalam topik-topik tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Buku koleksi ini melibatkan empat topik yang sama iaitu Terma Suria, Fotovolta, Biojisim dan Kecekapan Tenaga serta satu topik mengenai aktiviti lain telah disediakan sebagai pencetus idea bagi aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan di sekolah-sekolah. Perancangan aktiviti dilengkapi dengan butir-butir tempoh masa dan perbelanjaan yang diperlukan. Penglibatan ramai pelajar dapat menyemarakkan kesedaran dalam tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Buku koleksi ini dibangunkan oleh CETREE bersama-sama rakan strategik seperti Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KTAK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Denmark melalui DANCED (Danish Cooperation for Environment and Development). Sebarang pertanyaan dan memohon salinan softcopy pdf. boleh terus menghubungi 04-6536707 / 6704 atau emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

KOLEKSI PROJEK KO-KURIKULUM

CO-CURRICULUM PROJECT MODULE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin