AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA
Para Sukarelawan meraikan kejayaan (40.35%) PROKETEN dengan pencapaian melebihi sasaran 35%
Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga. Ciri-ciri sosial yang positif akan memupuk sesuatu komuniti mengaplikasikan amalan Kecekapan Tenaga dalam kehidupan seharian.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menyemai tabiat menggunakan tenaga secara bijaksana dan berkesan. Program-program yang akan dilaksanakan di tiga buah Institut Pendidikan Guru iaitu Kampus Perlis, Kampus Darulaman dan Kampus Temenggong Ibrahim selama 1 tahun secara berperingkat-peringkat. Objektif Utama program ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dengan cekap di kalangan guru dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara.
Dalam Program Kesedaran dan Kecekapan Tenaga ini, penjimatan elektrik dapat dicapai dengan kaedah pemindahan ilmu yang melibatkan “Best Practices” dan “Good Housekeeping”. Program ini dijangka mampu menghasilkan penjimatan tenaga sebanyak 10% jika warga IPG mengamalkan “Best Pratices” dan “Good Housekeeping”.