Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

BANGUNAN TORAY-USM KTC BAKAL DIJADIKAN RUJUKAN BANGUNAN KELESTARIAN TENAGA

MINDEN, 13 Mei 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE&GT) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan TORAY-USM KTC telah mengadakan satu 'Bengkel Kelestarian' Bangunan TORAY-USM KTC bertempat di Bilik Seminar, Pusat Pemindahan Ilmu, Bangunan TORAY-USM. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan serta pendedahan kepada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terdapat di dalam bangunan TORAY-USM ini tentang isu berkaitan kecekapan tenaga, penggunaaan elektrik serta keselamatan bangunan.

IMG 9691

Bengkel yang berlangsung selama sehari, telah mendapat maklumbalas yang positif daripada semua wakil - wakil setiap PTJ yang hadir ke bengkel tersebut. Antara pengisian bengkel yang telah dirancang berjalan dengan jayanya dibahagikan kepada beberapa sesi. Ia seperti ucapan aluan daripada Prof. Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, taklimat berkaitan kecekapan tenaga bangunan daripada Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE&GT, taklimat berkaitan penggunaan tenaga elektrik daripada Encik Salmi Ismail, Jurutera, Jabatan Pembangunan USM dan taklimat berkaitan keselamatan oleh setiap staf yang berkhidmat di bangunan TORAY-USM daripada Encik Prabu a/l Morgan, pegawai, Jabatan Keselamatan USM.

IMG 9642

Di akhir sesi, bengkel ini diserikan dengan simbolik oleh Pengarah CETREE&GT kepada setiapa wakil – wakil PTJ yang hadir lagi menerima pelekat berkaitan kecekapan tenaga bagi kegunaan PTJ masing – masing agar mempraktikkan dan mengamalkan amalan kecekapan tenaga bersama di bangunan TORAY-USM