BENGKEL ANALISIS DATA KAJIAN RINTIS MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH
PRAI, 13 JANUARI 2017 – Bengkel Analisis Data Kajian Rintis Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel yang dirancang untuk menguji tahap keberkesanan dan kebolehgunaan modul Teknologi Hijau yang telah dibangunkan sejak awal tahun 2016.
Bengkel ini dihadiri oleh penulis-penulis modul bagi setiap subjek berikut, iaitu seperti Asas Kelestarian, Sains, Biologi, Kimia dan Fizik. Bengkel berlangsung pada 10 – 13 Januari 2017 bertempat di Hotel Ixora, Prai, Pulau Pinang. Objektif utama bengkel adalah memberi peluang kepada penulis modul untuk memurnikan penulisan modul masing – masing berdasarkan komen daripada guru dan murid sebagai responden dan menambah baik isi serta format modul.
Bengkel ini, diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE bagi memberikan ucapan aluan dan informasi dengan lebih lanjut lagi berkaitan kepentingan Teknologi Hijau kepada para penulis yang hadir. Manakala perjalanan bengkel rintis tersebut dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus, Timbalan Pengarah CETREE merangkap Ketua Editor Modul Teknologi Hijau yang dibangunkan oleh CETREE. Pelbagai maklum balas positif daripada responden telah dianalisis dan penambahbaikkan telah dilakukan keatas modul tersebut sepanjang 4 hari 3 malam sebagai input terbaru bagi modul yang dirintis.
Teks : Maznah Mohamed Saipon dan Syafiq Saifullah Azmi