BENGKEL PELARASAN PROJEK TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH 2019 - PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PERINGKAT NEGERI
KOTA KINABALU, 2 Februari 2019 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran Teknologi Hijau dalam kalangan warga sekolah melalui “ Projek Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum Bagi Pemantapan Pendidikan Lestari ”.
Sehubungan dengan itu, satu bengkel Pelarasan Projek Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah 2019 - Pelaksanaan Bengkel Training Of Trainers (TOT) Peringkat Negeri telah dilaksanakan dengan jayanya yang berlangsung pada 30 - 31 Januari 2019 bertempat di Ming Garden Hotel & Residences, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Akademik seluruh negara, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia dan pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bengkel ini dirancang untuk menghimpunkan semua pegawai Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara yang terlibat di dalam Bengkel Training Of Trainers (TOT) Peringkat Negeri bagi menilai dan melihat semula beberapa maklum balas kekurangan dan kemajuan daripada negeri yang telah melaksanakan bengkel TOT Modul TH di peringkat sekolah pada tahun 2018 di negeri masing-masing.
Objektif utama bengkel adalah membincangkan isu-isu berkaitan bengkel TOT Modul TH. Antara perbincangan agenda yang telah dilaksanakan sepanjang 2 hari 1 malam adalah seperti data laporan pelaksanaan Modul TH yang telah diterima oleh pihak CETREE, penetapan tarikh bengkel yang belum dilaksanakan di peringkat negeri, kunjung bantu di peringkat sekolah, tinjauan kajian (Post Survey) dan penghantaran Bahan Bantu Mengajar TH. Bengkel ini, diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE bagi memantau pelaksanaan bengkel dan memberi komen-komen yang membina dalam persediaan bengkel TOT Modul TH 2019 sepanjang pelaksanaan bengkel tersebut. Pelbagai maklum balas positif daripada peserta bengkel dan penambahbaikkan telah dilakukan ke atas semasa bengkel dilaksanakan sepanjang 2 hari 1 malam sebagai input terbaru bagi postmortem untuk bengkel TOT Modul TH.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim