CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL PEMBANGUNAN INSTRUMEN PEMANTAUAN BAGI PELAKSANAAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH

BENGKEL PEMBANGUNAN INSTRUMEN PEMANTAUAN BAGI PELAKSANAAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH

BAYAN BARU, 14 Disember 2017 – Bengkel Pembangunan Instrumen Pemantauan Bagi Pelaksanaan Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah telah diadakan pada 11 Disember 2017 hingga 13 Disember 2017 bertempat di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE).

 20171213 093847

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membangunkan instrumen pemantauan dalam pelaksanaan ilmu TH di sekolah-sekolah menengah yang terlibat. Melalui instrumen ini, pihak CETREE akan menilai keberkesanan pelaksanaan Modul TH yang telah dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seramai sembilan (9) orang penulis Modul TH telah terlibat dalam bengkel ini. Para penulis yang terlibat merupakan penulis daripada empat mata pelajaran iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Sains.

 20171213 093840

Pada masa yang sama, pada 12 Disember 2017, Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Bengkel Training of Trainers (TOT) bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) daripada 16 buah negeri turut berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Mesyuarat ini dilaksanakan untuk membincangkan persiapan bengkel TOT untuk empat mata pelajaran iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Sains yang dijangka bermula pada tahun hadapan. Perbincangan antara pihak CETREE dan para pegawai JPN turut meliputi peranan JPN dalam memastikan matlamat bengkel TOT dapat dicapai sepanjang tempoh pelaksanaan serta kerjasama pihak JPN bersama-sama CETREE dalam menyokong penyebaran ilmu TH di sekolah-sekolah menengah di setiap negeri seluruh Malaysia.

 20171212 1154090

Mesyuarat ini disertai oleh Prof. Madya Hashimah Mohd Yunus iaitu Timbalan Pengarah CETREE, Dr. Mohd Sukri Shafie dan Cik Maznah Mohamed Saipon sebagai pegawai daripada CETREE. Dalam pada itu, mesyuarat ini turut melibatkan wakil pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) iaitu Tuan Haji Badrol Hisham Mohd Nowani dan Puan Nor Hana Mohamad Rosli serta pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) iaitu Encik Kasdi Kamin selaku Penolong Pengarah Unit Sains Menengah, BPK.

 20171212 100804

Di akhir kedua-dua program ini, pihak CETREE berharap penyebaran ilmu TH di sekolah menengah dapat dilaksanakan dengan lancar di seluruh Malaysia. Pelaksanaan bengkel TOT dan penyebaran Modul TH Sekolah Menengah ini diharapkan akan menyumbang kepada pembangunan Negara dengan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak melibatkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Teks : Nurul Husna Baharuddin / Sazwani Ansian
Foto: Syafiq Saifullah Azmi / Mohd Raffi Rosmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.