CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL PEMURNIAN AKHIR KERTAS KONSEP DAN PELARASAN PELAKSANAAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

BENGKEL PEMURNIAN AKHIR KERTAS KONSEP DAN PELARASAN PELAKSANAAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

SHAH ALAM, 6 April 2017 - Bengkel pemurnian akhir kertas konsep dan pelarasan pelaksanaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) Peringkat Kebangsaan tahun 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3-5 April 2017 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor.

20170405 104604

Bengkel tersebut dihadiri oleh 16 orang pegawai meja unit Ko-Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri dari 16 buah negeri seluruh Malaysia bertujuan melakukan semakan dan pemurnian akhir bagi kertas konsep Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan sebelum diedarkan pada setiap negeri serta membincangkan perancangan bagi pelaksanaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017 yang dijangka bakal dianjurkan pada bulan September tahun 2017.

20170405 084234

Kerjasama yang diberikan oleh pegawai yang terlibat telah memberi hasil yang positif dan pandangan yang bernas dalam melancarkan pelaksanaan Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2017. Draft akhir kertas konsep juga telah berjaya dimurnikan dengan beberapa penambahbaikkan yang juga akan dapat membantu dalam merealisasikan penganjuran Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Teks : Maznah Mohamed Saipon dan Syafiq Saifullah Azmi

20170403 205728

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.