CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL PEMURNIAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH DAN PEMBANGUNAN INSTRUMEN BAGI KAJIAN RINTIS

BENGKEL PEMURNIAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH DAN PEMBANGUNAN INSTRUMEN BAGI KAJIAN RINTIS

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2016 - Bengkel Pemurnian Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah Dan Pembangunan Instrumen bagi Kajian Rintis telah diadakan pada 27 hingga 30 Julai 2016 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya. Bengkel ini adalah merupakan bengkel yang dirancang untuk para penulis modul memurnikan modul masing-masing selepas beberapa bengkel penulisan dilaksanakan. Semasa bengkel itu juga, ketua kumpulan bagi setiap mata pelajaran akan dipanggil untuk membina instrumen bagi kajian rintis. Bengkel ini dihadiri oleh penulis-penulis modul bagi setiap subjek, pegawai dari Yayasan Hijau Malaysia (YaHjau) serta pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi setiap mata pelajaran. 

2016 07 27 16.26

Objektif bengkel ini dijalankan bagi memberi peluang kepada para penulis modul untuk memurnikan kandungan modul aktiviti Teknologi Hijau bagi semua subjek yang terlibat di samping membangunkan instrument - instrumen yang akan digunakan dalam kajian rintis yang dicadangkan untuk diadakan pada Ogos atau September tahun 2016. 

2016 07 27 21.30

Bengkel ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE merangkap Pengarah Projek dan dihadiri seramai 25 orang penulis modul yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Institut Pengajian Tinggi serta guru-guru sekolah menengah yang berpengalaman serta 5 orang pegawai BPK bagi subjek Sains. Fizik, Kimia, Biologi dan juga Asas Kelestarian.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.