CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

BENGKEL PENGUMPULAN DATA MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH

Langkawi, Kedah, 1 November 2019 – Bengkel Pengumpulan Data Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah telah diadakan pada 31 Oktober 2019 bertempat di Adya Hotel, Langkawi, Kedah. Seramai 16 orang guru sekolah menengah terpilih (Jurulatih Utama Pakar/Jurulatih Utama) dari setiap negeri telah terlibat dalam bengkel selama 2 hari 1 malam ini. Bengkel ini dihadiri oleh panel penyelidik (Penulis Modul TH), pegawai-pegawai CETREE, USM, pegawai-pegawai Yayasan Hijau Malaysia dan sekretariat pelaksana CETREE, USM.

 3aef01ce a808 41ad aa21 ec52b9fa2fd0

Objektif utama bengkel ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas tentang pelaksanaan penyebaran ilmu Teknologi Hijau dari konteks pengetahuan, sikap dan amalan di sekolah mengikut negeri masing-masing. Selain itu, bengkel ini dijalankan bagi melihat tahap keberkesanan pelaksanaan Bengkel Training of Trainers serta pemahaman mengenai pelaksanaan penyebaran ilmu aktiviti Modul TH di peringkat sekolah mengikut negeri masing-masing. Bengkel ini dijalankan mengikut pembahagian responden mengikut negeri dan dinilai oleh panel-panel penyelidik yang terpilih daripada pelbagai Universiti dan Institut Pengajian Tinggi. Antaranya ialah Dr. Khairul Azhar bin Mat Daud, Universiti Malaysia Kelantan, Dr. Nurzatulshima binti Kamarudin, Universiti Putra Malaysia, Dr. Nooraida binti Yakob, Universiti Sains Malaysia dan Dr. Segar A/L Raja Manickam, Politeknik Seberang Perai.

 7157e63a da4e 4b5d 90e3 823467f01fc3  9701b53c 8a19 49db 8f4d e30dc0e499ec

Kaedah pelaksanaan bengkel adalah temubual secara berkumpulan bersama panel penyelidik yang telah ditetapkan. Ia bertjuan bagi mengenalpasti dan mendapatkan maklum balas berkaitan penyebaran ilmu TH dan pelaksanaan aktiviti TH yang telah dilaksanakan di sekolah mengikut negeri masing-masing. Pelaksanaan bengkel dimulakan dengan ucapan aluan yang di sampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafie selaku Pengarah CETREE seterusnya taklimat ringkas berkaitan bengkel yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus selaku Pensyarah Kehormat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah CETREE.

 079f47a2 b32f 48ad 9fb3 e3cb29499ae8  ee6a1c4e 024e 4ea9 818a 6991920f9221

Bengkel Pengumpulan Data Modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah terbahagi kepada dua sesi. Di mana sesi pertama ialah sesi Pengumpulan Data Kualitatif yang melibatkan 16 orang dan 4 orang panel penyelidik. Sesi ini dijalankan secara temu bual, berkumpulan dan setiap perbincangan direkodkan bagi tujuan penyelidikan. Manakala sesi kedua diteruskan dengan perbincangan dan rumusan yang hanya melibatkan panel penyelidik, pegawai-pegawai CETREE, USM, pegawai-pegawai Yayasan Hijau Malaysia dan sekretariat pelaksana CETREE, USM.

 8ad9592c c83e 49fd 827d f3afcf873da5

Terdahulu, Profesor Madya Dr. Mohd Wira, dalam ucapan aluannya, menzahirkan rasa terharu atas komitmen tinggi dan sumbangan besar yang diberikan oleh 16 orang guru sekolah menengah terpilih (Jurulatih Utama Pakar/Jurulatih Utama) dari setiap negeri dan 4 orang panel penyelidik. Beliau juga menghargai pengorbanan masa, penat lelah dan komitmen yang telah diberikan oleh para guru demi kelancaran bengkel tersebut.

 cd2caee6 26aa 45df b04b 2f51e17cd400

Turut hadir adalah pegawai-pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia serta pegawai-pegawai daripada CETREE. Sesi bergambar dengan para peserta Bengkel Pengumpulan Data Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi bengkel tersebut.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.