CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL “POSTMORTEM” DAN PEMURNIAN KERTAS KONSEP KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

BENGKEL “POSTMORTEM” DAN PEMURNIAN KERTAS KONSEP KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

PUTRAJAYA, 22 JANUARI 2017 – Bengkel Postmortem dan Pemurnian Kertas Konsep Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel berlangsung pada 19– 21 Januari 2017 bertempat di Hotel Dorsett, Presint 3, Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh penggubal kertas konsep, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia dan pegawai daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

20170119 203154

Bengkel ini dirancang untuk menghimpunkan semua pihak yang terlibat di dalam Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) 2016 sama ada daripada kalangan penggubal pertandingan, kalangan teknikal dan juga hakim bagi menilai dan melihat semula beberapa kekurangan dan kelebihan daripada semua pertandingan yang telah diadakan tahun 2016 di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah seperti Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau, Inovasi Tenaga Biojisim, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau, Green Cooker Challenge, Solar Vehicle Challenge dan Xplorace & Kuiz Teknologi Hijau. Objektif utama bengkel adalah membincangkan isu-isu berkaitan sepanjang pelaksanaan KITH 2016, membincangkan penambahbaikan kertas konsep KITH 2016 dan persediaan untuk pelaksanaan KITH tahun 2017. Bengkel ini, diserikan lagi dengan kehadiran Puan Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi ucapan aluan dan hala tuju kerjasama berkenaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara.

20170121 120321

Selain itu juga, Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CETREE turut sama hadir bagi memantau pelaksanaan bengkel dan memberi komen-komen yang membina dalam persediaan KITH 2017 sepanjang pelaksanaan bengkel tersebut. Pelbagai maklum balas positif daripada peserta bengkel dan penambahbaikkan telah dilakukan ke atas kertas konsep KITH 2016 sepanjang 3 hari 2 malam sebagai input terbaru bagi postmortem untuk kegunaan KITH 2017.

Teks : Maznah Mohamed Saipon dan Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.