BENGKEL “POSTMORTEM” KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017
KUCHING, 11 Disember 2017 – Bengkel Postmortem Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7-9 Disember 2017 bertempat di Hotel Waterfront, Kuching, Sarawak. Bengkel ini dihadiri oleh wakil pegawai daripada 16 buah Jabatan Pendidikan Negeri, pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia dan pegawai daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bengkel ini diadakan adalah untuk menghimpunkan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri yang bertindak sebagai teknikal pertandingan serta ketua kontinjen negeri masing-masing bagi membincangkan isu-isu berkaitan KITH 2017 serta penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk penganjuran KITH pada tahun berikutnya. Dalam bengkel ini, ketua teknikal atau wakil teknikal pertandingan telah membentangkan laporan pertandingan masing-masing. Beberapa isu yang timbul telah dibangkitkan dan dibnincangkan bersama untuk ditambah baik pada masa akan datang.
Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei juga turut hadir dalam bengkel tersebut. Beliau turut sama memberi komen dan idea untuk menambahbaik pelaksanaan KITH serta memberi maklumat ringkas berkenaan penganjuran KITH 2018. Maklum balas positif daripada peserta bengkel dan penambahbaikan daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri telah diambil maklum oleh pihak CETREE dan akan diambil tindakan selanjutnya untuk persediaan KITH tahun 2018.
Teks : Maznah Mohamed Saipon / Syafiq Saifullah Azmi
Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim