CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TEKNOLOGI HIJAU (TH) - JALINAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BERSAMA CETREE, USM

BENGKEL TEKNOLOGI HIJAU (TH) - JALINAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BERSAMA CETREE, USM

USM, PULAU PINANG, 30 Julai 2018 - Bengkel Teknologi Hijau Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bersama CETREE, USM telah diadakan pada 26 dan 27 Julai 2018. Bengkel ini melibatkan seramai 3 orang guru pengiring dan 37 orang murid SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu serta turut dibantu oleh beberapa orang sekretariat CETREE sebagai fasilitator. Bengkel ini telah dijalankan di Bilik Seminar, Aras 1, TORAY-USM, Pulau Pinang. Bengkel ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu penulis modul Teknologi Hijau, Dr. Nooraida binti Yakob yang juga merangkap Pengurus Tugas CETREE bagi sama-sama membantu menjayakan bengkel ini.

 IMG 20180726 154343

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah tentang Teknologi Hijau. Bengkel yang dianjurkan ini juga adalah salah satu usaha bagi meningkatkan kerjasama dan jalinan antara sekolah kluster dan universiti awam melalui CETREE, USM khususnya.

 P1260846

Pada hari pertama iaitu 26 Julai 2018, program dimulakan dengan taklimat pengenalan CETREE dan seterusnya ceramah berkaitan Teknologi Hijau daripada Timbalan Pengarah CETREE, Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus. Beliau telah memberikan penerangan berkenaan isu pemanasan global serta peranan dan penggunaan Teknologi Hijau dalam menangani masalah ini.

 P1270010

Selesai ceramah tersebut, para peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan, setiap kumpulan telah melakukan aktiviti eksperimen yang berbeza melibatkan 4 subjek iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Sains berpandukan modul TH. Antara aktiviti yang terlibat ialah :-

     1. Menggunakan sumber cahaya matahari sebagai satu sumber tenaga haba
     2. Menggunakan alat desalinasi
     3. Menghasilkan baja foliar
     4. Membuat plastisin semula jadi
     5. Mengolah air sisa perusahan batik dengan menggunakan prinsip elektrolisis
     6. Menghasilakan arus elektrik dengan menggunakan air laut
     7. Membina lampu cahaya semulajadi
     8. Membina model bangunan hijau

 P1260960

Pada sebelah petang pula diadakan sesi pembentangan dari setiap kumpulan. Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus dan Dr. Nooraida binti Yakob sebagai juri pembentangan telah memberikan komen serta rumusan bagi pembentangan peserta. . Diakhir bengkel ini, satu majlis ringkas telah diadakan bagi penyerahan sijil kepada peserta.

 P1270033

Pada hari kedua iaitu 27 Julai 2018, pameran bergerak Teknologi Hijau telah dijalankan di sekitar perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra, USM. Wakil guru pengiring serta murid SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu telah diberi penjelasan tentang keistimewaan unit pameran bergerak TH oleh pegawai CETREE. Mereka juga berpeluang untuk melihat dan mencuba aktiviti hands’on yang terdapat di dalam bas pameran. Pameran berakhir pada jam 11 pagi dan sesi bergambar diadakan di hadapan bangunan TORAY-USM.

 P1270232

Teks : Nurul Syifa Abdul Latiff, Ummul Hayak Shabudin, Nur Hidayah Kosim, Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.