BENGKEL TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) DAN KECEKAPAN TENAGA (KT) 2013 DI BUMI KENYALANG
Sarawak, Selasa – Seramai 226 orang guru sekolah rendah dari 6 buah daerah di negeri Sarawak telah mengikuti Bengkel Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang dianjurkan oleh CETREE>, Universiti Sains Malaysia. Daerah-daerah yang telah berjaya mengikuti bengkel selama 3 hari 2 malam ini adalah Samarahan,Kuching,Maradong, Sibu,Belaga dan Bau. Agenda bengkel ini adalah untuk memupuk kesedaran berkenaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) melalui pendidikan sekolah rendah di Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih guru- guru sekolah rendah mengguna pakai modul (9 mata pelajaran utama) dan Alat Bantu Mengajar TBB dan KT yang telah dibangunkan oleh CETREE> serta mengaplikasikan penggunaannya di sekolah.
Bengkel pertama diadakan di Premier Hotel,Sibu, Sarawak bermula pada 25-27 April 2013 dan seterusnya di Penview Hotel, Kuching, Sarawak pada 28-30 April 2013. Peserta-peserta program terdiri daripada golongan guru pelbagai mata pelajaran di sekolah.
Setiap kumpulan mata pelajaran perlu menghasilkan rancangan pengajaran harian dan aktiviti kokurikulum atau "hands-on" berdasarkan rangka yang telah disediakan oleh Jurulatih Utama Pakar mengikut kumpulan mata pelajaran masing-masing. Pelbagai komen membina telah diberikan oleh para Pemantau Kebangsaan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Teknikal Bengkel TBB&KT 2013 sepanjang bengkel berlangsung. Suasana bengkel menjadi riuh rendah dengan pelbagai soalan yang diajukan kepada pihak CETREE> dan JPN Sarawak berkaitan isu-isu yang berkenaan.
Bengkel ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Pengarah CETREE>, Prof Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei bagi bengkel pertama dan Ketua Projek Bengkel TBB&KT 2013, Tn. Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani bagi bengkel kedua.