CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TOT MATA PELAJARAN ASAS KELESTARIAN BERDASARKAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH

BENGKEL TOT MATA PELAJARAN ASAS KELESTARIAN BERDASARKAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU SEKOLAH MENENGAH

IMG 8768 

KUALA LUMPUR, 6 November 2017 – Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi projek ‘Pembangunan Ilmu, Implementasi dan Aktiviti Kesedaran Teknologi Hijau Sekolah Menengah Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum bagi Pemantapan Pendidikan Lestari’ yang dibiayai oleh Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Kali ini fokus bengkel ke arah mata pelajaran Asas Kelestarian yang menerusi bengkel Training of Trainers (TOT).

 IMG 8185

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih guru sekolah menengah di Malaysia dan memindahkan ilmu kepada murid dalam pelaksanaan Teknologi Hijau (TH) merentasi kurikulum sejajar dengan kepentingan mewujudkan kesedaran dan memupuk aplikasi TH dalam kehidupan seharian. Bengkel TOT yang dilaksanakan melalui projek ini juga diharapkan dapat menjadi salah satu langkah bagi menyokong aspirasi negara ke arah integrasi TH dalam pendidikan menjelang tahun 2020.

 IMG 8352

Sebanyak dua siri bengkel telah berlangsung dan setiap bengkel berjalan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 30 Oktober 2017 hingga 1 November 2017 (Siri 1) dan 1 November 2017 hingga 3 November 2017 (Siri 2) bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 82 orang guru-guru sekolah menengah daripada 14 buah negeri seluruh Malaysia terlibat dalam bengkel ini. Selain itu, bengkel ini turut dihadiri oleh 5 orang penulis Modul Teknologi Hijau (TH) bagi mata pelajaran Asas Kelestarian serta pegawai - pegawai JPN yang terlibat.
Sepanjang bengkel ini, para guru akan dilatih sebagai Jurulatih Utama (JU) yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan ilmu TH di sekolah. Para JU diberikan taklimat pengenalan mengenai TH, tatacara pelaksanaan bengkel TOT serta peranan JU di sekolah selepas mengikuti bengkel TOT. Dalam pada itu, para JU turut menerima Modul TH Asas Kelestarian yang akan digunakan sebagai panduan melaksanakan aktiviti-aktiviti berasaskan TH dan Asas Kelestarian di sekolah. Demonstrasi aktiviti yang terkandung dalam Modul TH Asas Kelestarian dijalankan terlebih dahulu oleh para penulis modul sebelum para JU menjalankan aktiviti secara hands on dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Kemudian, sesi pembentangan dijalankan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan serta cadangan penambahbaikan bagi membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti berkenaan pada masa hadapan.

 IMG 8656

Bengkel TOT Asas Kelestarian diserikan lagi dengan kehadiran pegawai – pegawai kementerian iaitu Dr. Razul Ikmal Ramli, Ketua Penolong Setiausaha AAIBE (KeTTHA), Encik Shairi Harun sebagai wakil daripada Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional, Lembaga Pendidikan Malaysia dan Encik Kasdi Kamin sebagai wakil daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Teks : Nurul Husna Baharuddin / Sazwani Ansian
Foto: Mohd Raffi Rosmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.