CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA

Ayer Keroh, Melaka, 24 Mei 2019 – Negeri Melaka merupakan negeri terakhir bagi siri jelajah Bengkel Training of Trainers (TOT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah sebanyak 25 siri kesemuanya yang dijadualkan bermula pada pertengahan tahun 2018 sehingga kemuncak bengkel tersebut iaitu di negeri Melaka. Bengkel ini melibatkan guru-guru JU yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Melaka.

Sebanyak 3 buah daerah yang terlibat dalam bengkel ini antaranya seperti daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Bengkel tersebut telah bermula pada 21-23 Mei 2019 bertempat di lokasi strategic iaitu di tengah-tengah bandaraya negeri Melaka. Bengkel ini merupakan lanjutan daripada bengkel TOT Jurulatih Utama Pakar (JUP) peringkat kebangsaan dengan kehadiran guru Jurulatih Utama (JU) seramai 67 orang. Di samping itu seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir menyertai bengkel tersebut.

 IMG 20190522 113638

Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain sebelumnya iaitu dengan melakukan aktiviti mengikut sistem pusingan serta perlu menjalankan sebanyak lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Ianya bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hands on. Pelaksanaan bengkel dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP) merangkap Penasihat CETREE. Profesor Dr. Haslan melalui taklimatnya telah melontarkan persoalan berkaitan isu-isu pemanasan global dan fenomena perubahan iklim yang berlaku ke atas dunia amnya serta negara kita khususnya. Seterusnya beliau menyatakan punca utama pemanasan global yang semakin berleluasa di dunia berpunca daripada aktiviti dan kerakusan manusia yang seperti penggunaan pengangkutan, pembakaran bahan api, pembangunan industri, pembalakkan hutan, pembuangan sisa dan air sisa.

 IMG 20190522 100244

Seterusnya sesi taklimat diteruskan dengan penyampaian maklumat penggunaan modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus selaku Pensyarah Kehormat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah CETREE. Taklimat ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel. Beliau juga turut menyatakan bahawa yang paling penting dalam penyampaian dan pemindahan ilmu kepada Pengetua dan seluruh warga sekolah berkaitan penerapan dan nilai-nilai murni berkaitan Teknologi Hijau merentasi Kurikulum di sekolah supaya menjadi budaya serta amalan kepada generasi muda pada masa akan datang. “Menurutnya lagi, jasa dan pengorbanan guru-guru yang hadir ke bengkel TOT juga amat dihargai dimana mereka perlu menerima satu lagi tanggungjawab besar dalam penyebaran Teknologi Hijau yang bakal digunapakai dalam mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia pada tahun 2020 serta memastikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah berjalan dengan jayanya.

 IMG 20190521 172420

Terdahulu, Profesor Dr. Haslan, dalam ucapan aluannya, menzahirkan rasa terharu atas komitmen tinggi dan sumbangan besar yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka umumnya bahagian Sektor Pengurusan Akademik, Unit Sains dan khususnya guru-guru yang hadir. Uniknya, pelaksanakan siri bengkel kali ini berlangsung pada bulan kemuliaan Islam iaitu di Bulan Ramadhan. Namun demikian, hari tersebut tidak menghalang para JU untuk turut serta dalam bengkel ini. Beliau juga menghargai pengorbanan masa dan penat lelah para JU demi mendidik serta memajukan anak-anak semua bangsa di negara Malaysia dan juga masyarakat umum.

 IMG 6660

Turut hadir adalah Puan Surayati binti Zainal daripada JPN Melaka serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Melaka, Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani dan Encik Mohd Asyraf bin Mohd Ali selaku pegawai Yayasan Hijau Malaysia. Sesi bergambar dengan para JU sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi Majlis Penutupan Bengkel TOT JU Modul TH Sekolah Menengah peringkat Melaka.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.