CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

 IMG 2795

PAHANG, 6 April 2018 – Negeri ketiga dibahagian pantai timur semenanjung Malaysia selepas Terengganu yang telah diadakan Bengkel Training of Trainers (ToT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah.Dua siri bengkel yang berbeza lokasi dengan melibatkan pecahan daerah seperti Maran, Bentong, Cameran Higland, Jerantut, Bera, Kuala Lipis dan Raub dijalankan bengkel di lokasi Genting Highland, Pahang. Manakala daerah Pekan, Rompin, Temerloh dan Kuantan dijalankan bengkel di lokasi Rompin, Pahang. Bengkel ini merupakan lanjutan bengkel ToT Jurulatih Utama Pakar (JUP) peringkat kebangsaan.

Pecahan 2 siri bengkel yang telah berlangsung bermula 27 - 29 Mac 2018 dan 3 – 5 April 2018 bertempat di negeri Pahang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang. JU yang hadir merupakan guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Pahang. Pada siri pertama seramai 76 JU telah hadir manakala bengkel siri kedua pula dihadiri oleh 86 orang JU. Selain itu, seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir dalam bengkel ini.

Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain terlibat dengan melakukan aktiviti mengikut sistem pusingan dan perlu menjalankan sebanyak lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Ia bertujuan bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hands on. Pelaksanaan bengkel, dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP) merangkap Penasihat CETREE dan diikuti dengan taklimat berkaitan penggunaan Modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel ini.

 IMG 2512

Menurut Profesor Dr. Haslan, tenaga yang bukan boleh baharu tidak dapat diganti dengan cepat setelah habis digunakan kerana sumber fosil mengambil masa beratus juta tahun untuk dihasilkan. Manakala berkaitan kesedaran dan kecekapan tenaga, masyarakat di Malaysia perlu tahu istilahnya seperti menggunakan tenaga elektrik yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang setimpal kerana ia dapat mengurangkan kesan berlakunya pemanasan global dan fenomena perubahan iklim di dunia kini.

 IMG 2888

Terdahulu, Puan Hajah Asiah dalam ucapan aluannya, menzahirkan rasa terharu dan besar hati atas komitmen tinggi dan sumbangan besar yang diberikan oleh pihak CETREE dan Sektor Pengurusan Akademik, Unit Sains, JPN Pahang umumnya serta guru-guru yang hadir dengan mengorbankan masa dan berpenat lelah demi mendidik serta memajukan anak-anak bangsa di negeri Pahang dan juga masyarakat umum pada masa hadapan bagi bidang TH. Ia dapat dilihat dalam bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang telah diadakan ini.

Puan Hajah Asiah dalam ucapannya turut menyuarakan hasrat untuk melihat guru-guru di negeri Pahang mengambil peluang dan rasa penuh bersyukur kerana diberikan peluang mengetahui tentang ilmu yang berkaitan Teknologi Hijau seterusnya mewujudkan rasa lebih gembira dalam menjalankan tugas sebagai pendidik kepada anak-anak di negeri Pahang mengikut sekolah masing-masing.

Turut hadir pada majlis akhir adalah Profesor Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei, Pengarah CETREE, Puan Rohana binti Moin, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Mohammad Hanafiah bin Alwi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Rompin dan Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia. Majlis Penutupan Bengkel ToT JU Modul TH Sekolah Menengah peringkat negeri Pahang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Asiah Binti Hamzah, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.


Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.