BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK
IPOH, PERAK, 14 April 2018 – Bengkel Training of Trainers (ToT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah peringkat negeri Perak telah berjaya diadakan dengan jayanya selama 6 hari 5 malam bertempat di Ipoh, Perak. Silih berganti (back to back) bengkel dijalankan bagi negeri Perak, dengan melibatkan semua daerah di negeri tersebut seperti Perak Tengah, Manjung, Kerian, Kuala Kangsar, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang, Bagan Datuk, Kinta Utara dan Kinta Selatan.
Bengkel ini merupakan lanjutan bengkel ToT Jurulatih Utama Pakar (JUP) peringkat kebangsaan. Gabungan dua siri bengkel yang telah berlangsung bermula 9 – 13 April 2018. JU yang hadir merupakan guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Perak. Pada siri pertama seramai 106 orang JU telah hadir manakala bengkel siri kedua pula dihadiri oleh 108 orang JU. Selain itu, seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir dalam bengkel ini.
Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain terlibat dengan melakukan aktiviti mengikut sistem pusingan dan perlu menjalankan sebanyak lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Ia bertujuan bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hands on.
Pelaksanaan bengkel, dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) dalam Kurikulum yang disampaikan oleh Puan Ruslawati binti Mat Isa, Penolong Pengarah, Unit Sains Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya diikuti dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP) merangkap Penasihat CETREE dan yang terakhir dengan taklimat berkaitan penggunaan Modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel ini.
Puan Ruslawati melalui taklimatnya berkongsi maklumat berkaitan latar belakang transformasi pendidikan di dunia amnya dan khususnya di negara Malaysia. Selain itu juga, asas pertimbangan transformasi kurikulum juga perlu di tekankan pada masa kini demi melahirkan modal insan, membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab, penghasilan murid celik minda dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat.
Sementara itu juga, Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan berkata beliau amat gembira kerana berdasarkan pengalaman beliau bekerja bersama Jabatan Pendidikan Negeri komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru di negeri Perak amat memberangsangkan. Ini kerana kesungguhan dan minat yang diberikan amat tinggi. Ia dapat di lihat dalam bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang telah diadakan ini.
Tambah Profesor Dr. Haslan, “ Turut berkongsi maklumat berkaitan sektor pengurusan sisa dan air sisa dalam Teknologi Hijau yang di utamakan dan di gunapakai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam sebaran perkongsian maklumat kepada seluruh masyarakat di Negara Malaysia. Contohnya yang paling utama seperti pengharaman penggunaan beg plastik, pengurusan sisa khas dan air sisa kerana ia adalah sangat penting bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam ”
Kehadiran Puan Ruslawati, ternyata menaikkan semangat seluruh peserta-peserta yang terlibat secara langsung untuk menyebarkan modul Teknologi Hijau Sekolah Menengah kepada sekolah-sekolah masing untuk terus komited mengamalkan budaya yang bersifat kehijauan sekaligus membantu kerajaan mencorakkan dan mencapai sasaran agar pelajar-pelajar di seluruh negeri Perak Kelantan pada tahun 2020 dapat merealisasikannya kefahaman berkaitan Teknologi Hijau dalam mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia.
Puan Ruslawati dalam ucapannya turut menyuarakan hasrat untuk melihat guru-guru di negeri Perak mengambil peluang dan bersyukur kerana diberikan peluang mengetahui tentang ilmu yang berkaitan TeknologiHijau seterusnya mewujudkan rasa lebih gembira dan lebih berinovasi dan kreatif dalam kalangan guru-guru dan seluruh warga di setiap sekolah masing-masing.
Turut hadir adalah Puan Noor Khasyimawati binti Abd. Kadir, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Azshar bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik, Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Raffi Rosmi