BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
PERAI, PULAU PINANG, 19 Februari 2018 – Bengkel Training Of Trainers (TOT) Jurulatih Utama (JU) Modul Teknologi Hijau (TH) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 telah diadakan pada 12-14 Februari 2018 di Hotel Ixora Perai, Penang. Seramai 124 orang termasuk penulis modul, Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jurulatih Utama Pakar (JUP) dan guru-guru sekolah menengah Pulau Pinang telah hadir bagi menjayakan bengkel ini.Bengkel JU peringkat negeri Pulau Pinang merupakan bengkel anjuran Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga Dan Teknologi Hijau (CETREE) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih 110 Jurulatih Utama (JU) sekolah menengah di Pulau Pinang dan memindahkan ilmu kepada murid dalam pelaksanaan Teknologi Hijau (TH) merentasi kurikulum sejajar dengan kepentingan mewujudkan kesedaran dan memupuk aplikasi TH dalam kehidupan seharian. Bengkel ini dimulakan dengan taklimat JPN oleh Puan Hamidah Binti Jailani selaku Ketua Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta bengkel JU diberikan taklimat-taklimat seperti Taklimat Teknologi Hijau oleh Prof Madya Dr. Mohd Wira Bin Mohd Shafiei selaku Pengarah CETREE, Taklimat Penggunaan Modul TH dan Pelaksanaan Bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE dan Taklimat Housekeeping oleh Puan Azura Binti Ibrahim selaku Ketua Jurulatih Utama Pakar Pulau Pinang.
Lanjutan daripada bengkel ini, Jurulatih Utama daripada mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Sains menjalankan lima aktiviti secara hands on di bilik yang disediakan. Aktiviti hands on dijalankan dalam kumpulan di bawah bimbingan JUP dan penulis. Pada hari terakhir bengkel, wakil setiap mata pelajaran membentangkan rumusan dan laporan aktiviti yang telah dijalankan. Bengkel diakhiri dengan majlis penutup dan penyerahan sijil.
Teks : Lim Shuet Teng (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)
Foto : Sekretariat CETREE