CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Miri, Sarawak, 12 April 2019 – Bengkel ini merupakan lanjutan Bengkel Training of Trainer (ToT) Jurulatih Utama Pakar (JUP) peringkat kebangsaan. Dua siri bengkel yang telah berjaya dijalankan di negeri Sarawak bagi siri ke-19 hingga siri ke-20 yang melibatkan para Jurulatih Utama (JU) dari negeri Sarawak. Sebanyak 31 buah daerah telah terlibat dalam bengkel ini.

Antaranya ialah daerah Kuching, Sri Aman, Lubok Antu, Bau, Lundu, Kota Padawan, Kota Samarahan, Serian, Simunjan, Sibu, Betung, Saratok, Miri, Baram, Limbang, Lawas, Bintulu, Belaga, Subis, Tatau, Sebauh, Selangau, Kanowit, Kapit, Song, Mukah, Dalat, Sarikei, Julau, Meradong dan Daro.

 IMG 4294

Sebanyak 2 siri bengkel peringkat negeri Sarawak telah dijalankan pada 1hingga 10 April 2019 dengan pemilihan lokasi berbeza bagi setiap siri bengkel berkenaan. Pada siri pertama, seramai 89 orang JU telah menghadiri bengkel yang diadakan di Kuching, Sarawak manakala seramai 73 orang JU telah hadir pada siri kedua yang telah diadakan di Miri, Sarawak. Para JU yang hadir ke siri bengkel berkenaan terdiri daripada guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Sarawak. Seramai lapan orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir menjayakan siri bengkel ini.

 IMG 4290

Kaedah pelaksanaan bengkel adalah sama seperti negeri-negeri lain iaitu melibatkan aktiviti hands on mengikut sistem pusingan. Para JU perlu menjalankan kesemua lima aktiviti yang telah dipilih berdasarkan modul TH. Hal ini bertujuan untuk membolehkan para JU mencuba lebih banyak aktiviti secara hands on. Pelaksanaan bengkel dimulakan dengan taklimat berkaitan Teknologi Hijau (TH) yang disampaikan oleh Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP), Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Penasihat CETREE dan seterusnya diikuti dengan taklimat berkaitan penggunaan Modul TH dan pelaksanaan bengkel oleh Profesor Madya Dr. Hashimah binti Mohd Yunus selaku Pensyarah Kehormat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah CETREE.

 IMG 4270

Taklimat ini bertujuan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada para JU tentang tujuan pelaksanaan aktiviti bengkel ini. Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan melalui taklimatnya berkata beliau amat gembira dengan komitmen dan sambutan memberangsangkan oleh guru-guru negeri Sarawak. Hal ini terserlah melalui kesungguhan dan minat mendalam yang dipamerkan oleh JU terhadap bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam.

Tambah Profesor Dr. Haslan, “ turut berkongsi maklumat berkaitan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam Teknologi Hijau yang diberi keutamaan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dalam sebaran perkongsian maklumat kepada seluruh masyarakat di Negara Malaysia. Contoh yang paling utama adalah seperti pengharaman penggunaan beg plastik, pengurusan sisa khas dan air sisa kerana ia adalah sangat penting bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam ”.

 IMG 4293

Turut hadir adalah Encik Lau Hui Lianr, Penolong Pengarah Unit Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak , Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Puan Nor Hana binti Mohamad Rosli dan Puan Wan Nurul Zhana binti Mohd Hanizan, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

 

 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.