CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) MODUL TEKNOLOGI HIJAU (TH) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, 5 MEI 2018 – Jelajah Bengkel Training of Trainers (ToT) Modul Teknologi Hijau (TH) Jurulatih Utama (JU) Sekolah Menengah diteruskan lagi bagi siri ke-13 hingga siri ke-15 yang mana melibatkan para Jurulatih Utama (JU) dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tiga siri bengkel yang berbeza diadakan dengan melibatkan pecahan daerah dari Petaling Utama, Petaling Perdana, Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

IMG 5215

Bengkel ini ialah gabungan 3 siri bengkel yang telah diadakan secara berturut-turut dengan pemilihan lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Siri pertama telah berlangsung pada 23 hingga 25 April 2018 yang menggabungkan JU negeri Selangor dari daerah Petaling Utama, Petaling Perdana dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, siri kedua pula berlangsung pada 25 hingga 27 April 2018 yang melibatkan JU dari daerah Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam dan Hulu Selangor manakala siri ketiga berlangsung pada 2 hingga 4 Mei 2018 melibatkan JU dari daerah negeri Selangor iaitu daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Gombak.

IMG 5257

JU yang hadir merupakan guru-guru yang mewakili sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negeri Selangor dan wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada siri pertama seramai 83 orang JU telah hadir, 84 orang bagi siri kedua manakala bengkel siri ketiga pula dihadiri oleh 93 orang JU. Selain itu, seramai 9 orang penulis daripada mata pelajaran Biologi, Sains, Fizik dan Kimia turut hadir dalam bengkel ini.

IMG 5334

Taklimat pengenalan Teknologi Hijau, Modul TH dan Taklimat Pelaksanaan Bengkel telah diberikan oleh Profesor Madya Dr. Hashimah Binti Mohd Yunus selaku Timbalan Pengarah CETREE bagi siri pertama, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Bin Mohd Shafiei, Pengarah CETREE bagi siri kedua manakala bagi siri ketiga diberikan oleh Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, USM merangkap Penasihat CETREE.

IMG 5705

Terdahulu, Profesor Madya Dr. Hashimah, dalam ucapan memperingati para JU bahawa apa yang dilakukan pada hari ini akan memberi kesan yang besar kepada generasi akan datang. Oleh itu, beliau menasihatkan agar para guru mengambil serius hal ini dan mengambil initiatif untuk menyebarluaskan ilmu TH ini kepada rakan-rakan sekerja dan anak-anak murid di sekolah.

Turut berkongsi maklumat berkaitan TH adalah Pengarah CETREE yang menjelaskan kepada para JU kepentingan dan tujuan bengkel ini dilaksanakan. Antara isu yang dibangkitkan ialah pemanasan global, perubahan iklim, peningkatan penduduk dunia serta impak-impak yang bakal terjadi kepada dunia pada masa akan datang. Antara impak yang paling besar ialah kenaikan paras air laut pada 2100 yang akan menjejaskan negara seperti Bangladesh.

IMG 5145

Pengarah juga ada menerangkan tentang misi Malaysia untuk mengurangkan perlepasan gas karbon dioksida melalui perjanjian The Paris Climate Agreement (COP21) agar pada masa akan datang peningkatan suhu yang dijangka akan meningkat sebanyak 4°c dapat dikurangkan dibawah paras 2°c.

Turut hadir pada majlis akhir adalah, Puan Ramlah binti Hassan, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Mohd Faizal bin Omar, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Tuan Haji Badrol Hisham bin Mohd Nowani, Pegawai Yayasan Hijau Malaysia.

 IMG 5581

Majlis Penutupan Bengkel ToT JU Modul TH Sekolah Menengah peringkat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Ngit selaku Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sesi bergambar dengan para JU sebagai kenang-kenangan menjadi acara terakhir bagi penutup setiap bengkel.

Teks : Ummul Hayak Shabudin, Nurul Syifa Abdul Latiff, Nur Hidayah Kosim, Amatullah Afifah Khalid ( Pelatih Siswazah )
Foto : Mohd Raffi Rosmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.